Peranan Media S'pura 'berhemah, rasional & penting' sepanjang pandemik, kata Josephine Teo
Anggaran Waktu Membaca:

Cik Josephine Teo menyampaikan ucapan di majlis jamuan malam bagi meraikan ulang tahun ke-50 Kelab Wartawan Singapura 10 Jun 2022. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Media Singapura memainkan peranan yang "berhemah, rasional dan penting" sepanjang pendemik COVID-19, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo pada Jumaat (10 Jun).
Semasa berucap di majlis jamuan malam bagi meraikan ulang tahun ke-50 Kelab Wartawan Singapura pada Jumaat (10 Jun), Cik Teo berkata: "Kita tidak mungkin dapat mengekalkan kepercayaan rakyat Singapura sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini jika pihak media tidak melaporkan pandemik ini dengan benar, telus dan tepat.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas peranan anda yang mulia, rasional dan penting sepanjang pandemik COVID-19."
Menurut Cik Teo, usaha media adalah salah satu sebab mengapa orang ramai sanggup bekerjasama dan duduk di rumah sepanjang tempoh 'pemutus rantaian jangkitan COVID-19' dan juga mengapa para penduduk dan perniagaan-perniagaan berupaya menyesuaikan diri dengan pantas kepada perubahan pada protokol-protokol kesihatan awam dan langkah-langkah pengurusan selamat.
Ia juga merupakan salah satu sebab mengapa Singapura berjaya mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi, sekali gus membuka laluan kepada negara ini untuk beralih ke fasa endemik COVID-19.
Tugas dan peranan yang dimainkan oleh pihak media juga memastikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah kekal tinggi, menurut Cik Teo.
"Ini tidak boleh dipandang ringan. Para penyelidik yang serius mendapati bahawa masyarakat yang kurang yakin terhadap pemerintah mereka mengalami kadar kematian yang lebih tinggi berbanding masyarakat yang yakin terhadap pemerintah masing-masing," kata Cik Teo.
Tiada yang lebih penting dalam krisis kesihatan awam selain kepercayaan, tegas Cik Teo, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.
Menurut Cik Teo, media Singapura berjaya mengekalkan dan membina kepercayaan orang ramai kerana ia “sentiasa berusaha untuk menyediakan liputan berita yang menyeluruh dan tepat pada masanya".
"Terdapat juga sikap saling mempercayai dan menghormati antara Pemerintah dan media. Hubungan ini telah memainkan peranan penting sepanjang kewujudan kita sebagai sebuah negara yang merdeka," ujar Cik Teo selanjutnya.
Cik Teo turut menarik perhatian bahawa Singapura adalah antara segelintir negara di dunia yang bukan saja melaporkan jumlah penduduk yang diuji positif berdasarkan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) bahkan melaporkan juga jumlah penduduk yang diuji positif mengikut hasil ujian serologi.
Cik Teo bagaimanapun turut memberi amaran bahawa media Singapura akan berdepan dengan "cabaran-cabaran yang berat dan hebat".
"Kami akur bahawa institusi-institusi media tempatan kita memerlukan sokongan untuk berjaya mengubah dan kekal relevan kepada pembaca dan penonton," kata Menteri MCI itu.
"Atas sebab inilah kami terus menyokong Mediacorp dengan dana Siaran Perkhidmatan Awam dan memutuskan untuk membiayai transformasi digital SPH Media Trust baru-baru ini.”

Sumber : CNA/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.