Peranan asatizah penting galak gaya hidup sihat, terima pengiktirafan JKJU buat julung kalinya
Jumlah itu meningkat sekitar 14 peratus berbanding lebih 140 penerima pada 2024.
Para asatizah turut diiktiraf buat julung-julung kalinya di bawah kategori Wira Kesihatan 2025 bagi peranan mereka menggalak gaya hidup sihat termasuk penyertaan dalam inisiatif SG Lebih Sihat.
Empat asatizah itu termasuk Ustaz Mohamad Noor Samat, Ustaz Mohamed Fahmi Mohamed Nor, Ustazah Khamisah Abdul Aziz dan Ustaz Muhd Shafaat Mohd Syonan.
Pengiktirafan itu disampaikan Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim serta Menteri Negara Kesihatan, Rahayu Mahzam di acara JKJU di Hospital Woodlands pada Sabtu (11 Apr).
Menekankan peri pentingnya peranan asatizah dalam menyumbang kepada usaha masyarakat memupuk kesedaran kesihatan, Cik Rahayu menjelaskan bahawa para asatizah akan diberikan sokongan dalam bentuk maklumat dan bantuan agar mereka "dapat menerapkan mesej-mesej kesihatan dalam interaksi seharian mereka".
"Sememangnya, dalam ugama kita, kesihatan adalah sesuatu yang perlu dijaga untuk amanah dan diharapkan dengan adanya informasi yang tepat, mereka dapat membantu mendukung mesej ini dan memperkuatkan budaya kesihatan dalam masyarakat kita," kata Cik Rahayu.
Ini lebih-lebih lagi menjelang September 2026 apabila dua masjid di Woodlands - Masjid An Nur dan Masjid Yusof Ishak - bakal menyediakan perkhidmatan Pos Kesihatan Masyarakat (CHP) dengan kerjasama NHG Health.
"Kita boleh lihat perkhidmatan yang boleh disampaikan secara langsung kepada penduduk dan sebagainya dan ini diharapkan dapat memperkasakan budaya menjaga kesihatan dalam masyarakat kita dalam masyarakat," jelas Cik Rahayu ketika ditemui para wartawan di luar acara tersebut.
JUMLAH PENDUDUK RAIH MANFAAT PADA 2025 NAIK HAMPIR 30% KEPADA 90,000; SERU KERJASAMA LEBIH ERAT ANTARA RAKAN MASYARAKAT TERMASUK MASJID
Rangkaian JKJU juga telah berkembang kepada lebih 190 rakan kerja pada 2025, meningkat daripada lebih 160 pada 2024.
Jumlah itu hampir 30 peratus lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.
Usaha ini sejajar dengan matlamat Bidang Tumpuan 5 M³ iaitu untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dalam masyarakat.
Dalam ucapannya, Dr Faishal menyeru lebih ramai rakan masyarakat, termasuk masjid tempatan untuk tampil bekerjasama rapat dengan rangkaian JKJU.
mendampingi masyarakat, mengenal pasti keperluan lebih awal serta memudahkan penduduk mendapat sokongan yang tersedia," kata Dr Faishal.
AJAK JEMAAH WARGA EMAS MASJID AL-FIRDAUS KEKAL AKTIF; TERIMA ANUGERAH PENYATU KESIHATAN
Seruan itu turut dialu-alukan oleh Cik Mislamah Salamoon, antara relawan Masjid Al-Firdaus yang diiktiraf dalam acara tersebut.
Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun di masjid itu.
Cik Mislamah, 63 tahun, mengambil inisiatif untuk menghimpunkan jemaah wanita, yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas, bagi menggalakkan senaman dan amalan gaya hidup sihat.
“Ia memberi banyak manfaat kepada warga emas. Walaupun senaman ini kelihatan ringkas, manfaat jangka panjangnya besar dan sangat berguna bagi mereka,” kongsi Cik Mislamah.
Program yang bermula dengan hanya sembilan peserta tahun lalu, kini telah berkembang kepada 25 peserta.
Atas sumbangannya itu, beliau dianugerahkan Anugerah Penyatu Kesihatan 2025, yang diberikan kepada rakan kongsi masyarakat yang menerajui inisiatif seperti Saham Kesihatan.
LEBIH 300 SERTAI JOM CHECK!, HAMPIR 35% BUAT TEMU JANJI SARINGAN
Di acara itu juga, para peserta berpeluang menikmati pelbagai kegiatan riadah, reruai interaktif serta program seperti Jom Check!.
Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Cik Jamilah, 68 tahun.
Beliau mula menyedari kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan sejak aktif menyertai program tersebut pada Disember 2025.
Jom Check! bermatlamat untuk menggalakkan pengesanan awal serta ujian saringan kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, hasil kerjasama antara Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.