Peralihan kepimpinan politik tidak boleh dipandang ringan: SM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekalipun Singapura telah menjalankan peralihan yang lancar untuk kepimpinan politik tertingginya, proses yang teratur seperti itu tidak boleh dipandang ringan, kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong.
Semasa berucap di persidangan dwitahunan parti itu pada Ahad (24 Nov) yang merupakan ucapan terakhirnya sebagai Setiausaha Agung PAP, Encik Lee berkata beliau merancang untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu untuk memilih Timbalan Setiausaha Agung Lawrence Wong untuk mengambil alih jawatan setiausaha agung.
Encik Lee menambah bahawa beliau akan terus berkhidmat dalam CEC - badan pembuat keputusan tertinggi parti - dalam peranan berbentuk sokongan dan penasihat selepas PM Wong menjadi ketua parti tersebut.
"Dalam CEC, seperti dalam Kabinet, saya tidak akan menjadi responden pertama, saya juga tidak akan menjadi penentu muktamad," katanya.
“Sebaliknya, saya akan melakukan yang terbaik untuk menyokong setiausaha agung yang baharu. Tawarkan kepadanya manfaat daripada pengalaman saya, bantu beliau untuk mengukuhkan parti dan menggerakkan sokongan daripada rakyat Singapura, untuk bersama-sama menangani masalah dan cabaran di hadapan kita,” tambah Encik Lee.
Encik Lee menyerahkan jawatan perdana menteri kepada penggantinya Encik Wong pada Mei tahun ini.
Pemimpin politik mempunyai kewajipan untuk memastikan Singapura mempunyai kepimpinan yang baik, bukan sahaja semasa mereka memegang jawatan, tetapi juga seterusnya, kata Encik Lee.
“Saya amat gembira peralihan kepimpinan ini berjalan dengan baik sejak dua tahun lalu, dan saya menjangkakan sepenuhnya peringkat akhir ini juga akan berjalan lancar,” tambahnya.
"Singapura telah menjalankan peralihan yang teratur untuk kepimpinan politik tertinggi kita, tiga kali berturut-turut."
Semasa ucapannya, Encik Lee berkongsi bahawa sebilangan besar pemimpin asing yang ditemuinya telah melahirkan rasa terkejut dengan betapa lancarnya peralihan kepimpinan Singapura dijalankan.
“Ia sesuatu yang menakjubkan kepada mereka, kerana di negara-negara lain pelbagai perkara boleh berlaku. Selalunya apabila sesebuah parti mencatatkan prestasi yang buruk dalam pilihan raya umum dan hilang mandat untuk mentadbir, pemimpinnya terpaksa meletak jawatan untuk menunjukkan beliau bertanggungjawab,” kata Encik Lee.
Kadangkala, parti pemerintah mungkin kehilangan sokongan awam walaupun sebelum pilihan raya diadakan, menyebabkan menteri dan Anggota Parlimen (AP) hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka, menyebabkan parti itu terpaksa menukar pemimpin dengan harapan seseorang akan melakukan yang lebih baik, katanya lagi.
“Bagi semua kes ini, peralihan kepimpinan yang tidak dijalankan dengan lancar boleh mendatangkan ketidaksinambungan, pergolakan, dan ketidaktentuan kepada parti dan negara. Kedua-dua parti dan negara akan menanggung padahnya.”
Encik Lee berkata Singapura sangat bernasib baik kerana telah mengelak semua senario buruk ini dan kekal bersatu padu setakat ini, dengan PAP memenangi pilihan raya berturut-turut dan mengekalkan sokongan rakyat Singapura, walaupun semasa masa sukar.
"Kepimpinan parti bersatu, ia berkongsi matlamat yang sama: Untuk berkhidmat demi kepentingan negara, dan bukan untuk mengetengahkan aspirasi politik sesiapa," katanya.
Beliau menambah bahawa peralihan yang lancar telah mempersiapkan negara dengan "kelebihan yang luar biasa", membolehkan Singapura mengekalkan kepimpinan dan hala tuju yang konsisten untuk negara serta menggerakkan rakyat untuk memberi tumpuan kepada isu-isu sukar dan jangka panjang serta membuat kemajuan yang mantap dari tahun ke tahun.
Ini menjadi petanda sistem politik yang berfungsi dengan baik, kata Encik Lee.
"Itulah sebabnya kita mesti melakukan yang terbaik untuk memastikan sistem kita stabil dan sentiasa memilih pemimpin yang baik yang akan menyediakan pengganti mereka tanpa mementingkan diri mereka sendiri dan memikul tanggungjawab mereka apabila tiba masanya."
CABARAN SENGIT
Berbalik kepada pilihan raya umum akan datang, yang menurut Encik Lee akan diadakan menjelang hujung tahun depan, beliau berkata ia akan menjadi satu pilihan raya yang sukar dan mencabar.
Walaupun PAP boleh
membentangkan "kad laporan yang kukuh" pada pilihan raya umum akan datang, Encik Lee menarik perhatian kepada cabaran-cabaran termasuk perubahan pada jangkaan rakyat serta generasi baharu pengundi.
"Piawai yang tinggi dan pemerintah yang baik kini dipandang ringan dan dengan sendirinya, ini bukan perkara yang buruk," katanya.
"Tetapi ia memberi lebih banyak tekanan kepada pemerintah untuk melakukan lebih banyak lagi, walaupun semakin sukar bagi pemerintah untuk memenuhi jangkaan yang semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa rakyat Singapura tetap bimbang tentang isu-isu termasuk perumahan dan kos sara hidup.
“Paling sukar untuk kita tangani ialah mencapai segmen pengundi yang pada satu pihak mengakui bahawa PAP telah menjalankan tugas dengan baik mentadbir Singapura dan ingin melihat pemerintah PAP, tetapi pada masa yang sama, mahu melihat lebih banyak suara pembangkang dan alternatif dalam Parlimen,” katanya.
Oleh itu, PAP perlu bekerja keras untuk memastikan pengundi memahami bahawa mereka tidak mampu untuk "menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai pilihan raya kecil", tegas Encik Lee.
“Apa yang dipertaruhkan bukanlah siapa yang menjadi Anggota Parlimen anda sahaja, tetapi apakah masa depan Singapura. Saya menjangkakan semua kerusi akan dipertandingkan, dan sejumlah daripadanya akan menyaksikan persaingan yang sengit. Anda bukan sahaja akan mengundi untuk memutuskan siapakah akan menjadi Anggota Parlimen kawasan undi anda, undi anda mungkin menentukan parti mana yang akan mentadbir Singapura.”
“Oleh itu, perkara paling bijak dan paling bertanggungjawab untuk rakyat Singapura lakukan, ialah mengundi mengikut hati nurani anda, untuk parti yang anda fikir paling baik menjamin kehidupan anda, mata pencarian dan masa depan anda – parti yang anda benar-benar mahu mentadbir Singapura. "
Encik Lee berkata PAP mesti meyakinkan semua pengundi bahawa ia adalah pilihan yang tepat dan menunjukkan bahawa ia sentiasa memikirkan yang terbaik untuk mereka dan akan melakukan yang terbaik untuk menjaga mereka dan memperbaiki kehidupan mereka.
“Ini bukan sahaja tugas untuk menteri dan aktivis parti, tetapi untuk semua ahli parti: setiap cawangan, setiap ahli, setiap aktivis, setiap orang yang mengambil berat tentang masa depan Singapura,” katanya lagi.
“Anda semua memainkan peranan penting, mewakili parti di lapangan, membina ikatan dan menjalin kepercayaan dengan pengundi, dan menambat hati dan fikiran mereka, memenangi undi, memenangi pilihan raya.”

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.