Skip to main content

Singapura

Peralatan cegah banjir bakal diagih kepada penduduk Ulu Pandan

Beg boleh kembung dan penghadang banjir bergerak akan diagihkan bagi mencegah air bah daripada memasuki rumah jika perlu, menyusuli kejadian tanah runtuh di tapak binaan berdekatan Sungei Ulu Pandan minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Peralatan cegah banjir bakal diagih kepada penduduk Ulu Pandan

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Beg boleh kembung dan penghadang banjir bergerak akan diagihkan kepada para penduduk yang tinggal berdekatan Sungei Ulu Pandan.

Ini bagi mencegah air bah daripada memasuki rumah jika perlu, menyusuli kejadian tanah runtuh di tapak binaan berdekatan minggu lalu.

PUB menyatakan usaha untuk mengeluarkan hakisan tanah dari terusan akan mengambil masa.

Dengan cuaca hujan dijangkakan pada separuh pertama bulan ini juga, terdapat risiko lebih tinggi kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.

PUB sedang bekerjasama dengan para pemilik bangunan di kawasan Sunset Way dan Sunset Drive untuk bersiap siaga bagi kemungkinan banjir berlaku.

PUB juga sedang memantau ramalan hujan dan paras air di terusan berkenaan serta menggesa orang awam agar tidak menggunakan Penghubung Taman Ulu Pandan semasa hujan lebat.

Kerja-kerja pemulihan dan memantapkan tapak kejadian tanah runtuh dijangka mengambil masa beberapa bulan.

Ini termasuk membina semula tanjakan dan dinding penghadang di kawasan tersebut.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita