Peralatan AI bantu agensi khidmat sosial SG jimat masa, tenaga kerja
Kecerdasan Buatan (AI) sedang membantu agensi-agensi khidmat sosial di Singapura menjimatkan masa dan tenaga kerja.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kecerdasan Buatan (AI) sedang membantu agensi-agensi khidmat sosial di Singapura menjimatkan masa dan tenaga kerja.
Dengan teknologi ini, pertubuhan-pertubuhan tersebut dapat memeriksa sekurang-kurangnya enam kali ganda lebih ramai pesakit dalam tempoh seminggu, dan meningkatkan daya penghasilan kakitangan mereka sebanyak kira-kira 30 peratus.
AI juga boleh membantu mengesan isu lebih awal berbanding lima kali lebih ramai orang, dengan ketepatan 90 peratus, menurut agensi-agensi itu.
Para pakar bagaimanapun memberi amaran bahawa untuk AI diterima secara meluas, dasar dan peraturan yang kukuh sangat penting.
KEPRIHATINAN TERHADAP PRIVASI
Di agensi khidmat sosial Lions Befrienders, misalnya, perisian AI yang inovatif digunakan untuk memeriksa keadaan mental warga tua, sama ada mereka sedang bergelut dengan kesedihan atau merasakan kemarahan.
Encik Benjamin Yeo, pengarah psikososial dan jagaan bersepadu di Lions Befrienders Service Association, berkata sesetengah warga emas mungkin tidak meluahkan perasaan mereka.
“Kecerdasan Buatan memberi kita gambaran dan ruang kepada beberapa cabaran yang mereka hadapi. Dan apabila dikesan lebih awal, mereka kemudian boleh mempunyai lebih banyak ruang untuk bermuhasabah tentang perasaan mereka,” tambahnya.
"Apabila kaunselor dan pekerja kes kami membuat tindakan susulan dengan mengadakan perbualan dan janji temu, mereka kemudian boleh menjawab dan meluahkan perasaan mereka dengan lebih baik."
Mengenai kebimbangan terhadap privasi, Encik Yeo berkata perisian itu hanya digunakan apabila ia diaktifkan.
“Kami tidak menyimpan sebarang data dari segi ciri wajah atau atau disimpan dalam mana-mana sistem pengkomputeran awan,” tambahnya.
Dr Wang Yue dari Sekolah Perniagaan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) memberitahu Mediacorp bahawa adalah menjadi tanggungjawab pengguna AI untuk mencegah pelanggaran atau kebocoran data.
PERLU PERATURAN
Untuk agensi khidmat sosial, pelbagai peralatan AI seperti chatbot dan ahli terapi maya didapati berguna dalam menawarkan sokongan sepanjang masa.
Walaupun teknologi menjadikan penyelesaian kesihatan mental lebih mudah diakses, para pakar percaya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kegunaan yang lebih meluas.
Dr Wang menegaskan bagaimana ahli terapi dan pakar psikiatri, sebagai contoh, bertauliah dan perlu mematuhi peraturan.
“Untuk chatbot AI, kami mungkin memerlukan sesuatu yang serupa untuk mengawal selia dan mengiktirafnya. Algoritma, data yang mereka gunakan, semuanya perlu dipantau,” katanya.
Buat masa ini, satu set garis panduan yang dirangka oleh pelbagai kementerian dan lembaga berkanun sedang membuka jalan ke hadapan.
MENINGKATKAN KETEPATAN AI
Sementara itu, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan National Healthcare Group (NHG) sedang merintis pusat baharu untuk meningkatkan AI dalam khidmat jagaan kesihatan.
Centre of AI in Medicine, yang dilancarkan bulan lalu, bertujuan untuk merapatkan jurang antara teknologi AI yang inovatif dan aplikasi praktikalnya dalam bidang perubatan.
Tumpuannya termasuk keuzuran warga emas, pengimejan perubatan, pemeriksaan barah dan kesihatan mental, yang merupakan cabaran utama bagi sistem jagaan kesihatan di Singapura, seiring dengan peningkatan usia penduduk.
Matlamatnya adalah untuk menjadikan jagaan kesihatan lebih diperibadikan dan responsif kepada isu-isu penting kepada orang ramai.
Dr Wang menegaskan bahawa algoritma AI masih dihasilkan oleh manusia.
“Jadi saya fikir adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengujinya sebelum melancarkannya demi mengelakkan berat sebelah,” katanya sambil menonjolkan latar belakang etnik dan sosial yang berbeza di Singapura yang berbilang budaya.
"Apabila kami menyediakan algoritma, adalah penting untuk mengambil kira kerencaman masyarakat seperti di Singapura."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.