Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pepijat sistem isyarat baru mungkin cetus pertembungan, kata pakar

Sistem isyarat baru yang dipasang di hujung Laluan Timur-Barat, di mana sebuah kereta api bertembung dengan sebuah kereta api lain pagi tadi (15 Nov), mungkin mengalami "masalah pepijat pada sofwe ataupun perkakasan," kata seorang pakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Pepijat sistem isyarat baru mungkin cetus pertembungan, kata pakar

Gambar: Koh Mui Fong/TODAY

Diterbitkan : 15 Nov 2017 05:59PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 06:04PM

SINGAPURA: Sistem isyarat baru yang dipasang di hujung Laluan Timur-Barat, di mana sebuah kereta api bertembung dengan sebuah kereta api lain pagi tadi (15 Nov), mungkin mengalami "masalah pepijat pada sofwe ataupun perkakasan," kata seorang pakar.

Penolong Profesor Andrew Ng, yang pakar dalam bidang kawalan dan komunikasi isyarat landasan di Institut Teknologi Singapura, berkata sistem tersebut sepatutnya menetapkan jarak yang selamat antara dua kereta api.

"Saya amat terkejut perkara sebegini berlaku," kata beliau.

"Kereta api kedua sepatutnya berhenti pada jarak yang selamat daripada kereta api pertama. Jarak itu tidak sepatutnya dicabuli."

Pertembungan itu berlaku di stesen MRT Joo Koon sekitar 8.20 pagi, di mana sebuah kereta api yang berhenti di belakang sebuah lagi kereta apii tiba-tiba "bergerak ke hadapan" dan "bertembung" dengan kereta api pertama, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT.

25 orang yang berada dalam kereta api kedua cedera kerana tercampak akibat impak pertembungan itu.

Stesen yang terjejas itu adalah antara empat stesen yang baru dibuka di Tuas West Extension, di bahagian barat EWL yang mula beroperasi pada 18 Jun tahun ini.

Ujian yang dijalankan ke atas sistem kawalan kereta api yang berdasarkan komunikasi itu membolehkan kereta api untuk tiba setiap 100 saat, berbanding 120 saat dan ini melengahkan pembukaan stesen-stesen baru itu selama enam bulan.

Prof Ng turut menjelaskan bahawa sistem isyarat tersebut menetapkan "jarak yang selamat" antara kereta api yang berada di landasan.

Biasanya, kereta api perlu berhenti pada "jarak sepanjang sebuah kereta api, atau sepanjang sebuah gerabak," antara satu sama lain. Berdasarkan langkah keselamatan ini, kesilapan manusia tidak mungkin berlaku, katanya lagi.

Mungkin tersalah isyarat yang diberikan kepada kereta api kedua, yang mengarahkannya untuk bergerak, tambah beliau.

Penolong Profesor Zhou Yi, juga dari Institut Teknologi Singapura, mengatakan sistem isyarat baru itu direka bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan pertembungan.

Kelajuan kereta api perlu dihadkan dan brek kecemasan diaktifkan apabila sebuah lagi kereta api terhenti pada jarak tertentu, kata beliau.

Bagi sistem ini, jarak keselamatan "disesuaikan mengikut kelajuan kereta api di hadapan", kata Penolong Profesor Zhou, yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal landasan dan pengangkutan di Institusi Jurutera Singapura.  

Sumber : Today/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan