Peperiksaan tidak sah setelah pensyarah SUSS bocorkan soalan
Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menyifatkan satu peperiksaan yang diadakan minggu lalu sebagai tidak sah setelah mendapat tahu seorang pensyarah membocorkan soalan-soalan dan jawapan-jawapannya semasa kelas ulang kaji.

590 pelajar sepenuh masa dan sambilan dari sekolah SUSS terjejas setelah peperiksaan yang diadakan minggu lalu disifatkan tidak sah. (Gambar: SUSS/Facebook)
SINGAPURA: Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menyifatkan satu peperiksaan yang diadakan minggu lalu sebagai tidak sah setelah mendapat tahu seorang pensyarah membocorkan soalan-soalan dan jawapan-jawapannya semasa kelas ulang kaji.
Keseluruhannya 590 pelajar sepenuh masa dan sambilan dari sekolah itu terjejas.
Bagi menjawab soalan-soalan daripada Mediacorp, seorang jurucakap SUSS menyatakan pada Isnin (26 Nov) bahawa universiti itu mendapat tahu - setelah peperiksaan kursus FIN303 Pengurusan Kewangan itu diadakan - bahawa soalan-soalan dan jawapannya sudah diberitahu kepada beberapa pelajar sebelum mereka mendudukinya pada 20 Nov.
Oleh itu, pihak universiti menyatakan bahawa ia menganggap peperiksaan itu sebagai tidak sah "kerana integriti penilaian peperiksaan itu (sudah) terjejas dan bagi memastikan keadilan untuk semua para pelajar yang menduduki peperiksaan itu.
Para pelajar kini dikehendaki memilih sama ada menerima keseluruhan Markah Penilaian Berterusan (OCAS) untuk gred muktamad mereka, atau menduduki semula peperiksaan yang dijadualkan pada 4 Disember ini.
OCAS tersebut merangkumi markah daripada quiz-quiz sebelum kursus, penyertaan dalam kelas dan tugasan.
"Satu siasatan awal mendedahkan bahawa pensyarah tersebebut mendedahkan soalan dan jawapannya semasa dua kelas ulang kaji tambahan," menurut seorang jurucakap SUSS.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pensyarah itu termasuk memberhentikan khidmatnya sebaik sahaja siasatan selesai."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.