Skip to main content

Singapura

Peperiksaan GCE 'O', 'N' bakal digantikan dengan satu peperiksaan nasional

Mulai 2027, Kementerian Pendidikan (MOE) akan menggabungkan peperiksaan peringkat GCE 'N' dan 'O' bagi menjadikannya sebagai satu peperiksaan peringkat nasional dan rangka kerja pensijilan yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Peperiksaan GCE 'O', 'N' bakal digantikan dengan satu peperiksaan nasional

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 05 Mar 2019 02:14PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 02:19PM

SINGAPURA: Mulai 2027, Kementerian Pendidikan (MOE) akan menggabungkan peperiksaan peringkat GCE 'N' dan 'O' bagi menjadikannya sebagai satu peperiksaan peringkat nasional dan rangka kerja pensijilan yang baru.

Dengan perubahan itu, para pelajar akan menerima hanya satu sijil sahaja yang mencerminkan tahap subjek yang diambil.

Semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengumumkan bahawa peperiksaan nasional dan rangka kerja pensijilan baru itu akan dikuatkuasakan apabila kohort yang memasuki Menengah 1 pada 2024 sampai ke peringkat Menengah 4.

Encik Ong berkata ini mencerminkan pelaksanaan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) secara penuh sebagai satu kursus yang lebih fleksibel.

Singapura dan Cambridge, katanya, akan sama-sama menjenamakan sijil baru ini, kerana dua-dua pihak adalah "jenama yang kukuh dalam bidang pendidikan di peringkat antarabangsa", yang akan "mempertingkatkan pengiktirafan dan nilai sijil tersebut."

Selain aspek-aspek akademik, Encik Ong menambah bahawa sistem baru itu akan memberi sekolah-sekolah peluang untuk membentuk semula persekitaran sosial yang akan memanfaatkan para pelajarnya.

Sebagai contoh, beliau turut menyebut sekolah-sekolah seperti Sekolah Menengah Boon Lay, yang mengaturkan kelas-kelasnya berdasarkan kegiatan luar darjah (CCA), dan Sekolah Menengah Edgefield, yang mengaturkan semula kelasnya untuk melibatkan para pelajar dari ketiga-tiga aliran.

"Daripada tiga aliran pendidikan itu, kami akan mempunyai 'Satu pendidikan menengah, pelbagai kumpulan subjek'," tambahnya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita