Peperiksaan bagi peguam dijangka lebih ketat; tempoh latihan amali dilanjutkan kepada setahun
Mulai 2023, para graduan undang-undang yang bercita-cita menceburi kerjaya sebagai peguam yang menawarkan khidmat guaman perlu menamatkan latihan amali selama setahun dengan sebuah firma guaman.
SINGAPURA: Mulai 2023, para graduan undang-undang yang bercita-cita menceburi kerjaya sebagai peguam yang menawarkan khidmat guaman perlu menamatkan latihan amali selama setahun dengan sebuah firma guaman dan bukan lagi enam bulan yang diamalkan sekarang selepas mereka lulus peperiksaan undang-undang.
Selain itu, Bahagian B peperiksaan tersebut juga lebih ketat, menurut Hakim Besar Sundaresh Menon dalam ucapan yang disampaikan pada Khamis (30 Ogos). Bahagian B diduduki oleh para graduan tempatan dan asing, dengan Bahagian A diwajibkan ke atas para graduan dari universiti-universiti luar negara.
Bagi para graduan yang memutuskan untuk tidak menjadi peguam, mereka masih boleh berkhidmat dalam kerjaya tersebut setelah lulus peperiksaan, tanpa perlu menamatkan tempoh latihan amali.
Perubahan-perubahan itu, disifatkan oleh Encik Menon, sebagai 'penyusunan semula yang ketara' bagi rejim latihan kekaryawanan dan ia adalah antara saranan-saranan yang diusulkan oleh Jawatankuasa bagi Latihan Profesional Peguam.
Ditubuhkan pada Ogos 2016, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Hakim Quentin Loh dan beberapa hakim dan pengamal undang-undang.
Laporan jawatankuasa tersebut, yang diterbitkan di laman Mahkamah Tinggi pada tengah hari tadi, turut memberikan gambaran tentang cabaran-cabaran yang dihadapi rejim latihan peguam yang sedia ada.
Kementerian Undang-Undang (MinLaw) menyatakan bahawa pada dasarnya ia menerima saranan-saranan yang diusulkan, termasuk 17 lagi saranan mengenai latihan peguam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.