Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peperiksaan akhir tahun Darjah 3 dan 4 dibatalkan

Peperiksaan akhir tahun bagi para murid Darjah 3 dan 4 akan dibatalkan untuk memberi lebih banyak masa "pemulihan kurikulum" disebabkan oleh gangguan-gangguan angkara COVID-19, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
01:43 Min
Peperiksaan akhir tahun bagi para murid Darjah 3 dan 4 akan dibatalkan untuk memberi lebih banyak masa "pemulihan kurikulum" disebabkan oleh gangguan-gangguan angkara COVID-19, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Okt).
Diterbitkan : 07 Oct 2021 01:23PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 09:26PM

SINGAPURA: Peperiksaan akhir tahun bagi para murid Darjah 3 dan 4 akan dibatalkan untuk memberi lebih banyak masa "pemulihan kurikulum" disebabkan oleh gangguan-gangguan angkara COVID-19, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Okt).

"Sekolah-sekolah boleh menggunakan maklumat daripada penilaian-penilaian sekolah yang dijalankan sepanjang tahun untuk menyediakan laporan tentang kemajuan pembelajaran murid-murid dan memberi maklum balas," tambah MOE dalam kenyataan media itu.

Sekolah-sekolah juga boleh mengusulkan saranan mengenai pilihan gabungan subjek para murid jika perlu, menurut kementerian itu lagi.

Sebagai contoh, sama ada untuk menawarkan peringkat Biasa atau Asas bagi subjek-subjek tertentu apabila melangkah ke Darjah 5, jika perlu.

Peperiksaan akhir tahun bagi para murid Darjah 5 akan tetap diteruskan di bawah langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat, menurut MOE.

Ini "akan membolehkan para murid dan ibu bapa untuk memahami dengan lebih baik kemajuan pembelajaran murid-murid menurut sistem pemarkahan Anggaran Mata Potongan (COP) Peringkat Pencapaian (AL) sebelum menduduki PSLE tahun depan".

Tiada peperiksaan akhir tahun bagi murid-murid Darjah 1 dan 2. Murid-murid Darjah 6 pula sudahpun kembali ke sekolah awal sebelum itu untuk menduduki PSLE antara 30 September dengan 6 Oktober.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa