Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peperangan serentak di Eropah dan Asia boleh cetus 'malapetaka global', kata Dr Ng

Anggaran Waktu Membaca:
Peperangan serentak di Eropah dan Asia boleh cetus 'malapetaka global', kata Dr Ng

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 03 Jun 2023 06:07PM Dikemas Kini : 03 Jun 2023 07:28PM
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata ada pandangan yang tulus dan mendesak antara rakan-rakan sejawatan beliau di peringkat antarabangsa bahawa apa yang berlaku di Ukraine tidak boleh berlaku di Asia.

Dr Ng berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pihak media tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Meja Bundar Menteri yang beliau adakan pada tengah hari Sabtu (3 Jun).

"Jika ada peperangan serentak di Eropah dan Asia, ia suatu malapetaka global. Bagi saya itulah pemikirannya di kalangan setiap menteri. Ini tidak bermaksud anda huraikan masalah dalam satu malam," kata Dr Ng.

"Itu tidak realisitik tetapi apabila soalan itu ditanya, saya perhatikan para menteri memberi lebih tumpuan kepada jawapannya kali ini, kerana keadaan geopolitik sedang menggelodak. Ia boleh bergelora," katanya.

Dr Ng menambah bahawa ada minat "amat mendalam" terhadap hubungan Amerika Syarikat dengan China.

Beliau berharap para menteri pertahanan kedua-dua negara akan menyambung semula pertemuan fizikal.

Dr Ng menekankan penting untuk ada saluran perhubungan antara rakan, malah lebih-lebih lagi bagi pihak-pihak yang bertentangan.

"Saya fikir walaupun kita tahu, atas alasan apa sekalipun, tiada pertemuan rasmi, hakikat bahawa mereka masih duduk semeja malam semalam, duduk menghadap satu sama lain semasa makan tengah hari dan mendengar satu sama lain bercakap, dapat menilai pemikiran, kecenderungan dan sikapnya. Saya berharap ini menjadi modal apabila mereka akhirnya berbincang antara satu sama lain," tambah Dr Ng.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan