Skip to main content

Singapura

Penziarah pesakit SGH, CGH mesti jalani ujian COVID-19 mulai 21 Jun

Mulai Isnin (21 Jun), para pelawat yang menziarahi pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Besar Changi (CGH) melebihi 20 minit akan dikehendaki menjalani ujian pantas antigen (ART) COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Jun 2021 06:06PM Dikemas Kini : 20 Jun 2021 08:51PM

SINGAPURA: Mulai Isnin (21 Jun), para pelawat yang menziarahi pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Besar Changi (CGH) melebihi 20 minit akan dikehendaki menjalani ujian pantas antigen (ART) COVID-19.

Ini akan merangkumi penjaga yang berdaftar.

SGH turut mendedahkan di lamannya bahawa para pelawat tidak perlu membuat bayaran untuk menjalani ujian tersebut, yang akan dijalankan di Pusat ART hospital tersebut.

Para pelawat mesti disahkan negatif daripada jangkitan COVID-19 sebelum mereka dibenarkan masuk. Hasil ujian tersebut hanya sah pada hari lawatan mereka saja dan bukan untuk lawatan pada hari-hari lain.

Selain itu, para pengunjung juga boleh menunjukkan hasil ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang dijalani dalam tempoh 24 jam sebelum menziarahi pesakit.

Hasil kit ujian kendiri tidak akan diterima, tegas SGH.

Para pelawat yang menziarahi pesakit bagi tempoh kurang daripada 20 minit tidak perlu menjalani ujian ART.

"ART adalah langkah berjaga-jaga sedang Singapura secara bertahap-tahap dibuka semula di Fasa 3 Kewaspadaan Dipertingkat," menurut SGH dalam catatan Facebooknya.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, CGH mengesahkan ia juga akan melaksanakan langkah yang sama.

Mediacorp sudah menghubungi hospital-hospital lain untuk bertanya sama ada mereka akan melaksanakan langkah serupa.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita