Penyulingan air antara strategi utama SG tampung permintaan masa hadapan
Penggunaan air di Singapura dalam sehari, cukup untuk mengisi sekitar 800 kolam renang bersaiz Olimpik.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penggunaan air di Singapura dalam sehari, cukup untuk mengisi sekitar 800 kolam renang bersaiz Olimpik.
Permintaan itu dijangka naik hampir seganda menjelang 2065.
Salah satu strategi utama negara untuk memenuhi keperluan masa hadapan ialah penyulingan air.
Namun apakah itu penyulingan air ataupun 'desalination'?
Proses tersebut menggunakan banyak tenaga untuk mengasingkan garam dan mineral terlarut daripada air laut.
Ia menjadi sumber air keempat Singapura sekitar dua dekad lalu.
Kini, terdapat lima loji penyulingan di merata Singapura.
Tiga terletak di Tuas di barat Singapura, manakala dua lagi di Marina East dan Pulau Jurong.
Bekalan air Singapura turut datang daripada sumber-sumber lain.
Ini termasuk air hujan yang dikumpul di kolam air dan dari terusan, air diimport dari Malaysia serta NEWater.
NEWater merupakan air kitar semula bermutu tinggi. Ia dihasilkan melalui proses rawatan dan pemulihan air terpakai.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.