Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyokong setia ini tunggu 13 tahun untuk saksikan Liverpool beraksi di Stadium Negara

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Siapa yang tidak mahu melihat pasukan kegemaran mereka bermain di depan mata.

Farhan Md Fadil, 41 tahun, tidak kurang bezanya jika dibandingkan dengan peminat pasukan Liverpool yang lain.

L
Gambar: Encik Farhan Md Fadil

Kali terakhir beliau menyaksikan pasukan Liverpool beraksi adalah pada tahun 2009 ketika Liverpool bertandang ke sini bagi persiapan pra-musim juga.

Farhan memberitahu BERITAmediacorp bahawa beliau sepatutnya terbang ke Anfield pada tahun 2020. Tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

f
Gambar: Encik Farhan Md Fadil

"Saya ada menang contest (peraduan) pada 2020. Tapi unfortunately (malangnya) COVID-19. Plans (rancangan) tak jadi. Patut tonton satu perlawanan. Tapi kita tunggu dia datang sini," dedah Farhan selanjutnya.

Perlawanan menentang Crystal Palace sememangnya dinanti-nantikan oleh Farhan selepas menunggu selama 13 tahun!

f
Gambar: Haney Khairunnisa/BERITAmediacorp

Kali ini lebih istimewa kerana bapa kepada sepasang anak kembar ini dapat melihat dengan lebih dekat sebilangan besar pemain yang membantu Liverpool menjulang mahkota Liga Perdana England (EPL) pada 2019 – yang pertama buat Liverpool sejak 30 tahun lalu.

"Saya rasa beruntung dapat melihat pasukan Liverpool yang berlainan daripada 2009. Pasukan yang ini telah menang banyak piala. Lagi-lagi liga EPL. Saya sebagai penyokong Liverpool tunggu 30 tahun! Sangat gembiralah!"

Farhan turut berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa beliau membawa bersamanya jersi-jersi serta cenderahati Liverpool ke sesi latihan semalam (14 Jul). 

f
Gambar: Encik Farhan Md Fadil

Kebanyakannya merupakan ‘kiriman’ kepada rakan-rakan yang dapat ke luar negara untuk menonton Liverpool beraksi.  

"Saya kalau nak pergi UK (United Kingdom), Anfield agak susah sedikit. Tiket mahal. Kapal terbang lagi. Saya lagi sebagai ayah. Ada anak. Confirm belanja ribu-ribuan. Jadi kalau dapat datang sini kira save (jimat) duit lah. Datang stadium. Tengok dorang happylah."

Meskipun melalui pelbagai halangan dan terpaksa bersabar menunggu selama 13 tahun, Farhan berpuas hati kerana beliau akhirnya dapat juga menyaksikan pasukan yang telah disokongnya sejak berusia 9 tahun lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan