Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyokong masyarakat LGBTQ kumpul di acara Pink Dot pertama selepas pemansuhan 377A

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Acara Pink Dot pertama selepas pemansuhan Seksyen 377A diadakan di Sudut Pidato di Hong Lim Park pada Khamis (24 Jun).

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai yang datang membawa tikar unutk berkelah, makanan dan haiwan peliharaan mereka.

Pink Dot, yang mula dianjurkan pada 2009, sebelum ini dijadikan wadah untuk menyuarakan sokongan terhadap pemansuhan Seksyen 377A.

Pada November lalu, Parlimen meluluskan untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Pada masa yang sama, Dewan juga meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Singapura untuk melindungi takrifan perkahwinan daripada dicabar di mahkamah.

LEBIH RAMAI AP TURUN PADANG


Lima Anggota Parlimen (AP) dari pelbagai parti politik dan seorang AP dilantik dilihat menghadiri acara tersebut.

Encik Eric Chua, Setiausaha Parlimen Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, hadir bersama atlit paralimpik, Yip Pin Xiu dan Theresa Goh.

Encik Chua yang baru pulang dari Sukan Olimpik Khas di Berlin berkata beliau datang ke acara tersebut bagi menunjukkan sokongan kepada rakan-rakannya.

Seorang lagi AP PAP yang datang secara berasingan, Encik Derrick Goh, berkata beliau ke Pink Dot untuk menyokong rakan-rakannya.

Dua AP Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua dan Cik Hu Ting Ru, berada di acara tersebut selaku anggota parlimen.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Hazel Poa, yang mewakili Parti Kemajuan Singapura (PSP), berkata beliau berserta anggota PSP yang lain berada di acara tersebut untuk memahami lebih baik kesan pemansuhan 377A ke atas masyarakat dan cabaran-cabaran lain yang masih wujud selepas langkah pemansuhan tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan