Skip to main content

Singapura

Penyodok forklift tidak dipasang betul dikaitkan kematian di Rifle Range Road

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mesin yang terjatuh dari forklift lalu menghempap seorang pekerja, menyebabkan kematiannya pada 27 Disember lalu, adalah akibat bahagian penyodok forklift yang tidak dimasukkan sepenuhnya.

Demikian menurut siasatan awal dalam makluman yang dikeluarkan
Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) pada Khamis (5 Jan).

Mangsa, seorang pekerja Singapura berusia 31 tahun, Ely Chow, dihempap mesin yang terjatuh sedang ia dipindahkan menggunakan forklift tersebut.

Encik Chow, yang bekerja di RCM Resources, dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedarkan diri dari tapak kerjanya di Rifle Range Road dan disahkan meninggal dunia kemudian.

Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan kerana menyebabkan kematian kerana bertindak cuai dan siasatan sedang dijalankan.
Kematian Encik Chow adalah kematian ke-45 di tempat kerja pada tahun lalu,
melebihi 37 yang dicatatkan pada keseluruhan 2021.

Selepas kejadian kematian dan kecederaan berturut-turut berlaku di tempat kerja, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenakan tempoh keselamatan yang dipertingkat selama enam bulan dari 1 September 2022 hingga Feb 28 2023.

MOM juga mengumumkan bahawa syarikat dalam sektor berisiko tinggi dikehendaki menjalankan masa rehat keselamatan mandatori untuk menyemak prosedur keselamatan, sebagai sebahagian daripada langkah yang diperkenalkan di bawah tempoh keselamatan yang lebih tinggi.
Sumber : CNA/LL/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita