Penyiasat persendirian SG saksikan lonjakan dalam kes tuntutan cedera di tempat kerja
Anggaran Waktu Membaca:
Seseorang individu dengan kecederaan pada kaki. (Gambar fail: iStock/tirc83)
SINGAPURA: Permintaan bagi khidmat syarikat penyiasat persendirian di Singapura semakin meningkat, namun kali ini untuk tujuan pemantauan yang berbeza.
Kini, khidmat itu diambil bagi mengesahkan sama ada pihak yang membuat tuntutan pampasan bagi kecederaan di tempat kerja mempunyai kecederaan yang tulen.
Walaupun isu tuntutan palsu bagi kecederaan kerja mendapat perhatian sejak kebelakangan ini, pertubuhan bukan pemerintah (NGO) memberitahu Mediacorp bahawa kes seumpama itu sangat jarang berlaku dalam kalangan pekerja hijrahan bergaji rendah.
Beberapa NGO menggesa agar tiada tanggapan umum dibuat, sambil menegaskan bahawa pihaknya turut menyaksikan kes di mana pekerja yang cedera gagal mendapatkan pampasan yang adil.
Isu itu tercetus menyusuli kematian Cik Jane Lee, pemilik perniagaan tempatan Sumo Salad, yang memuat naik catatan di Facebook mengenai seorang pekerja asing yang didakwa membuat tuntutan kecederaan kerja palsu untuk mendapatkan pampasan.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kemudian menyatakan bahawa ia sudah berhubung dengan Cik Lee sebelum kematiannya, dan siasatan ke atas tuntutan itu masih dijalankan.
Pekerja tersebut dilindungi di bawah Akta Pampasan Kecederaan Pekerjaan (WICA), dan MOM menyatakan ia sedang bekerjasama dengan syarikat insurans pekerja itu untuk "menilai kesahihan kes berkenaan".
Pada Khamis (24 Jul), Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash mengulangi bahawa MOM sedang menyiasat perkara itu bersama syarikat insurans.
Beliau berkata bahawa dalam kes tingkah laku pekerja yang "melampau", tindakan perlu diambil, namun turut menekankan kepentingan mewujudkan insentif untuk pekerja dan majikan "memperlihatkan tingkah laku yang betul" demi kesihatan, keselamatan dan kebajikan mereka.
Tahun lalu, sebanyak 26,843 tuntutan kecederaan kerja sudah diluluskan. Jumlah pampasan yang dibayar adalah sebanyak S$138.2 juta.
LEBIH BANYAK PERTANYAAN DAN KES
Tiga syarikat penyiasat persendirian - Asia Top Investigation, Detective Don PI dan Eyes Private Investigator - memberitahu Mediacorp bahawa pihak masing-masing menerima peningkatan permintaan untuk menyiasat kemungkinan tuntutan palsu kecederaan kerja.
Syarikat-syarikat itu menyatakan kebanyakan kes datang daripada sektor binaan, dengan sebilangan daripada industri makanan dan minuman serta perkhidmatan.
Encik Ivan Tan, pengurus operasi dan penyiasat di Asia Top Investigation, berkata firmanya mengendalikan 15 kes sedemikian tahun lalu.
Lima tahun lalu, agensinya hanya menerima sekitar lima pertanyaan setahun. Tahun lalu, mereka menerima dua hingga tiga pertanyaan setiap bulan.
"Mark" (bukan nama sebenar), pengarah Eyes Private Investigator, berkata dalam tempoh satu setengah tahun lalu, firmanya menerima empat hingga lima pertanyaan setiap minggu dan secara purata mengambil dua kes seminggu.
Sebelum ini, mereka hanya mengendalikan satu hingga dua kes setiap dua minggu.
Empat daripada sembilan penyiasat di Eyes ditugaskan khusus untuk kes kecederaan kerja.
Mark menganggarkan beliau sendiri sudah mengendalikan antara 50 hingga 60 kes, yang kebanyakannya melibatkan pekerja asing.
Penyiasat yang ditemu bual berkata tempoh siasatan boleh mengambil masa dari satu hari hingga dua minggu.
Encik Tan dari Asia Top mengenakan caj S$1,800 untuk sehingga lapan jam pemantauan pada hari bekerja, dan S$2,100 pada hujung minggu.
Dua penyiasat berlesen akan mengekori subjek untuk mendapatkan bukti gambar dan video mengenai kegiatannya, dan menyediakan laporan untuk pelanggan yang juga boleh dikemukakan di mahkamah sebagai bukti.
Kadangkala penyiasat turut dipanggil memberi keterangan di mahkamah bagi menyokong laporan mereka.
“Kami tidak memaksa naratif kepada satu arah. Namun, jika benar pekerja itu berpura-pura cedera, kami akan fokus kepada bahagian badan yang dikatakan cedera dan tidak berfungsi,” katanya.
Salah satu kes yang beliau kendalikan melibatkan seorang pencuci pinggan yang mendakwa jarinya cedera, tetapi didapati bekerja sambilan sebagai pelayan.
“Jarinya berfungsi dengan baik kerana dia boleh menghidang makanan dan mengangkat pinggan,” kata Encik Tan.
Terdapat juga kes seorang pekerja pentadbiran di klinik swasta yang meletakkan jawatan dan mengambil cuti sakit yang panjang atas pelbagai alasan kesihatan.
Namun, penyiasat mendapati dia bekerja untuk pesaing majikannya semasa dalam tempoh notis.
Menurut Encik Tan, dalam kesemua 15 kes yang disiasat firmanya tahun lalu, terdapat bukti bahawa kecederaan itu dibuat-buat.
Bagi Mark, beliau menganggarkan hanya satu hingga tiga kes daripada keseluruhan portfolio syarikatnya yang tidak menunjukkan sebarang bukti pemalsuan.
Para penyiasat berkata bahawa selepas menghantar laporan, mereka lazimnya tidak menjejaki kes sehingga selesai.
Namun, Mark menyatakan bahawa ada klien yang memberitahunya bahawa pekerja menarik balik tuntutan kecederaan selepas ditunjukkan bukti yang diperoleh.
Peguam Ray Louis memberitahu Mediacorp bahawa beliau pernah menasihati seorang majikan dalam pertikaian dengan seorang tukang cuci yang membuat tuntutan kecederaan belakang akibat terjatuh.
Seorang penyiasat mengikutinya dan memperoleh bukti bahawa beliau boleh bergerak “seperti biasa”.
Walaupun majikan tersebut masih tidak dapat membuktikan kecederaan itu palsu, beliau dapat menunjukkan bahawa ia tidaklah seteruk seperti yang didakwa.
“Ia memaksa penuntut untuk menyelesaikan tuntutan pada jumlah yang lebih rendah,” kata peguam itu.
Mediacorp turut menghubungi persatuan perniagaan untuk bertanya sama ada tuntutan kecederaan kerja palsu menjadi isu dalam kalangan ahli mereka.
Kes terakhir yang diketahui secara umum berlaku pada tahun 2021, apabila dua pekerja asing disabit kesalahan membuat tuntutan palsu WICA pada 2019.
Menurut kenyataan MOM, salah seorang daripada mereka didapati sengaja menjatuhkan diri, manakala seorang lagi mendakwa kecederaannya berlaku semasa bekerja, meskipun ia bukan seperti yang didakwa.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.