Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyewa Pelabuhan Perikanan Jurong dibawa ke tapak alternatif bagi pelan luar jangka

Para penyewa Pelabuhan Perikanan Jurong, yang ditutup pada Julai selama dua minggu setelah beberapa kes COVID-19 dikesan di sana, dibawa ke satu tapak alternatif untuk mereka bekerja sekiranya operasi terganggu lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyewa Pelabuhan Perikanan Jurong dibawa ke tapak alternatif bagi pelan luar jangka

Tapak lama bangunan Pasir Panjang Distripark yang dikenal pasti sebagai tapak alternatif Pelabuhan Perikanan Jurong dalam pelan luar jangka (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 13 Sep 2021 08:18AM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 08:21AM

SINGAPURA: Para penyewa Pelabuhan Perikanan Jurong, yang ditutup pada Julai selama dua minggu setelah beberapa kes COVID-19 dikesan di sana, dibawa ke satu tapak alternatif untuk mereka bekerja sekiranya operasi terganggu lagi.

Bersama dengan para anggota Persatuan Peniaga Ikan Singapura, para penyewa dibawa ke tapak lama bangunan Pasir Panjang Distripark (151 Pasir Panjang Road) pada Ahad (12 Sep).

Agensi Makanan Singapura (SFA) menganjurkan lawatan berpandu itu untuk membiasakan para peserta dengan pelan luar jangka untuk menangani risiko gangguan pada operasi pelabuhan, menurut agensi itu dalam kenyataan medianya.

"Melalui latihan pengenalan itu, penyewa SFA dan JFP dapat bersama-sama merancang pelan luar jangka yang memerlukan penggunaan tapak alternatif untuk menguji dan memperhalusi pelan kelangsungan perniagaan untuk meminimumkan gangguan terhadap operasi mereka," jelas SFA.

"Penyewa dan kakitangan SFA juga berpeluang untuk mengenal pasti sebarang masalah dan membincangkan cara-cara untuk memperhalusi proses kerja bagi memastikan kelancaran operasi masing-masing di lokasi alternatif."

Operasi di Pelabuhan Perikanan Jurong terganggu pada Julai setelah jangkitan COVID-19 yang menular di sana dikaitkan dengan para penjual ikan yang bekerja di lokasi tersebut.

Ia merupakan kelompok terbesar dalam negeri, mencecah 1,155 kes sebelum kelompok itu ditutup minggu lalu. Pada kemuncaknya, lebih 100 kes baru dikaitkan dengan lokasi tersebut setiap hari.

Pelabuhan itu, serta Pasar & Pusat Penjaja Hong Lim di Upper Cross Street, ditutup kepada orang ramai dari 17 Jul.

Pelabuhan itu dibuka semula pada 31 Jul, dan tiada kes baru terkait dengan kelompok itu pada 12 Ogos, hampir sebulan setelah pertama kali dikesan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan