Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyertaan perbahasan Belanjawan 2022 paling tinggi dalam tempoh 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Mar 2022 09:50PM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 09:55PM

SINGAPURA: Perbahasan Belanjawan Singapura tahun ini menyaksikan penyertaan paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ini walaupun jumlah Anggota Parlimen (AP) yang hadir di dewan berkurangan sedang sebilangan daripada mereka dijangkiti COVID-19.

Secara keseluruhannya, 73 jam dihabiskan membahaskan dasar-dasar fiskal dan peruntukan perbelanjaan bagi setiap kementerian.

Dalam ucapan menggulung perbahasan Belanjawan 2022, pada Jumaat (11 Mac), Ketua Dewan Indranee Rajah menyifatkan kenyataan Belanjawan Singapura tahun ini sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak dapat dilupakan.

Ini, katanya, kerana perbahasan itu diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine, selain perlunya tindakan segera bagi menangani perubahan iklim.

Cik Indranee menambah, belanjawan tahun ini adalah antara yang paling membawa perubahan sedang Singapura berusaha menjadi sebuah negara yang lebih adil, mesra alam dan inklusif.

Beliau turut menarik perhatian meskipun terdapat perbahasan yang mantap bagi membantu menjelaskan isu-isu yang dihadapi rakyat Singapura, struktur-struktur yang disediakan adalah adil dan progresif.

Satu topik yang hangat dibahaskan adalah kenaikan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Ada GST tetapi ia tidak akan menjejas golongan lebih berpendapatan rendah disebabkan skim Baucar GST yang dikekalkan. Pakej jaminan pula akan membantu semua isi rumah rakyat Singapura, bukan sahaja golongan berpendapatan rendah, menghadapi peralihan. Skim Baucar GST pula menyediakan bantuan tetap. Setiap orang menyumbang tetapi mereka yang ada lebih, akan menyumbang lebih. Mereka yang kekurangan juga menyumbang, tetapi pada jumlah yang lebih rendah dan menerima balik lebih banyak," ujar Cik Indranee.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan