Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyertaan kursus latihan meningkat, hanya "segelintir" guna kredit SkillsFuture sepenuhnya

Anggaran Waktu Membaca:
Penyertaan kursus latihan meningkat, hanya "segelintir" guna kredit SkillsFuture sepenuhnya

Pekerja di Raffles Place pada 6 Oktober 2022. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura menyertai program latihan SkillsFuture Singapore (SSG), namun hanya "segelintir" yang menggunakan kredit SkillsFuture mereka sepenuhnya.

Demikian menurut Menteri Negara Pendidikan dan Tenaga Manusia Gan Siow Huang pada Rabu (10 Jan).

Sejak pelancaran inisiatif pembelajaran sepanjang hayat itu, kadar penyertaan latihan dalam kalangan individu, termasuk mereka yang ditaja oleh majikan mereka, meningkat daripada 35 peratus pada 2015 kepada kira-kira 50 peratus pada 2022.

Pada 2022, sekitar 192,000 rakyat Singapura menggunakan kredit SkillsFuture mereka, iaitu peningkatan kira-kira 12,000 setahun daripada 156,000 pada 2019.

Peningkatan tersebut boleh dikaitkan kepada usaha oleh SSG dan rakannya dalam mempromosikan budaya pembelajaran sepanjang hayat, kata Cik Gan ketika menjawab soalan parlimen.

Secara keseluruhan, penggunaan kredit SkillsFuture lebih tinggi dalam kalangan kumpulan dewasa lebih muda. Hampir 40 peratus daripada mereka berusia 30-an. Bagi mereka yang berusia 60 dan ke atas, hanya kira-kira 25 peratus sudah melakukan demikian.

Sementara itu, "hanya segelintir" rakyat Singapura menggunakan kredit SkillsFuture mereka sepenuhnya, kata Cik Gan.

Dalam usaha untuk menggalakkan pembangunan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, rakyat Singapura berusia 25 tahun dan ke atas menerima S$500 dalam bentuk kredit pada 2016. Kredit tersebut boleh digunakan untuk membayar pelbagai kursus yang diluluskan.

Pada 2020, pemerintah memberi rakyat Singapura berusia 25 tahun ke atas tokokan sekali sahaja bernilai S$500 dalam bentuk kredit SkillsFuture, yang luput pada akhir 2025.

Mengenai mengapa segelintir rakyat Singapura mungkin tidak menggunakan kredit latihan mereka, Cik Gan berkata mereka tidak mempunyai waktu yang cukup, sementara sebahagian yang lain membangkitkan isu kos peluang.

Untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kredit SkillsFuture mereka, SSG sudah memperbaiki pengalaman pengguna di portalnya dan memudahkan proses penghataran tuntutan, kata Cik Gan.

Agensi tersebut juga bekerja rapat dengan rakan industrinya, serta menganalisis data tentang peluang pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan secara kerap, untuk memastikan kursusnya relevan.

Selain itu, pemerintah menyatakan bahawa ia akan menambah kredit SkillsFuture pekerja matang dan pertengahan untuk memberi mereka lebih banyak sokongan untuk meningkatkan kemahiran.

Butiran lanjut akan dimumkan lewat tahun ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan