Skip to main content

Singapura

Penyertaan GrabCab mungkin cetus persaingan antara pengendali teksi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Jul 2025 11:29PM Dikemas Kini : 02 Jul 2025 11:34PM
SINGAPURA: Kemasukan syarikat khidmat sewa kereta privet Grab ke dalam sektor teksi tempatan mungkin mendorong lebih banyak persaingan dalam kalangan pengendali teksi.

Menurut para penganalisis, jumlah pelanggan Grab yang tinggi mungkin boleh memikat para pemandunya ke dalam perniagaan teksinya, GrabCab pada Selasa (2 Jul).

Pelancaran pengendali teksi keenam Singapura itu dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada pemandu dan penumpang, dan sekali gus meningkatkan bekalan teksi di Singapura.

Sebanyak 40 GrabCab akan menyediakan khidmat teksi menjelang hujung bulan ini.

Grab diberikan tempoh tiga tahun untuk menambah jumlah kenderaannya kepada 800, iaitu jumlah minimum bagi sesebuah pengendali teksi.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita