Penyertaan Anugerah Pena Emas dibuka sehingga 13 Jun; peluang bawa pulang S$6,000
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Laman Arts House Limited)
SINGAPURA: Sayembara penulisan kreatif terulung di Singapura, Anugerah Pena Emas (GPA) kembali bagi edisi ke-16 tahun ini.
GPA akan menerima penyertaan online sehingga 13 Jun ini, sebelum jam 6.00 petang.
Para peserta yang berminat boleh menghantarkan karya mereka di bawah kategori Cerpen, Puisi dan 'Terjemahan: Cerpen'.
Kategori cerpen dan puisi diadakan dalam keempat-empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Melayu dan Tamil.
Kategori 'Terjemahan: Cerpen' pula diadakan dalam Bahasa Inggeris.
Ini bermakna penyertaan bagi kategori tersebut wajib dihantar dalam Bahasa Inggeris yang diterjemah daripada bahasa Cina, Melayu atau Tamil sahaja.
Teks sumber yang digunakan bagi kategori itu juga mesti berasal daripada karya yang sudah terbit atau diterbitkan sendiri oleh pengarang Singapura.
Dianjurkan Arts House Limited (AHL) dengan kerjasama Majlis Buku Singapura (SBC) tahun ini, sayembara dwitahunan itu bertindak sebagai wadah penting untuk mencungkil bakat penulis baru serta menggalak karya kesusasteraan bermutu tinggi dan ekspresi kreatif di Singapura.
2 KOMPONEN BARU GPA 2023
Di bawah kerjasama baru itu, Anugerah Pena Emas yang diadakan di peringkat nasional itu, memiliki dua komponen baru tahun ini.
Pertama ialah kategori penterjemahan cerpen.
Kategori tersebut akan membolehkan karya Cina, Melayu dan Tamil untuk mencapai kumpulan pembaca yang baru dan meningkatkan akses kepada karya itu.
Ini sekali gus dapat memupuk pemahaman silang budaya yang lebih mendalam, selain memberi perhatian kepada usaha penterjemahan dan ahli penterjemah, menurut kenyataan medianya.
Komponen baru yang kedua ialah program mentor bagi pemenang anugerah.
Program bimbingan itu akan dijalankan bagi menyediakan peluang bagi para pemenang memperhalusi kemahiran penulisan mereka dan mengembangkan bakat mereka dalam penulisan kreatif.
Penulis yang terkemuka di Singapura akan turut diundang menjadi mentor kepada semua pemenang GPA 2023.
HADIAH KEMENANGAN
Para pemenang bagi GPA 2023 berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga S$6,000 berbentuk wang tunai dan trofi serta program bimbingan.
Berikut adalah senarai hadiahnya:
Tempat Pertama - Wang tunai $6,000, sijil, trofi dan program bimbingan
Tempat Kedua - Wang tunai $4,000, sijil dan program bimbingan
Tempat Ketiga - Wang tunai $2,000, sijil dan program bimbingan
SYARAT KELAYAKAN
Sayembara ini dibuka kepada warga negara dan Penduduk Tetap (PR) Singapura.
Tiada had umur ditetapkan bagi sayembara ini dan karya boleh menyentuh apa jua perkara dan tema.
Setiap penyertaan akan dikenakan yuran $16.
Butiran lanjut boleh didapati di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.