Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyepit makanan pakai buang di S'pura 'rata-rata selamat': CASE

Penyepit makanan pakai buang di Singapura "rata-rata selamat" untuk digunakan, menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Rabu (7 Nov) setelah ia menguji beberapa contoh alat itu bagi sisa sulfur dioksida.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyepit makanan pakai buang di S'pura 'rata-rata selamat': CASE

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 06:16PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 06:20PM

SINGAPURA: Penyepit makanan pakai buang di Singapura "rata-rata selamat" untuk digunakan, menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Rabu (7 Nov) setelah ia menguji beberapa contoh alat itu bagi sisa sulfur dioksida.

Penyepit pakai buang, khususnya yang diperbuat daripada buluh atau kayu, dilunturkan dengan menggunakan sulfur dioksida untuk mengelakkan pertumbuhan cendawan dan serangga, menurut CASE.

Bagaimanapun, sulfur dioksida berlebihan mungkin menimbulkan bahaya kerana ia boleh menjejas sistem pernafasan dan alahan kulit bagi sesetengah orang.

Ujian-ujian yang dijalankan oleh CASE menunjukkan bahawa terdapat kurang 400mg/kilogram sulfur dioksida dalam 20 contoh yang dikumpulkan dari gedung serbaneka, pasar raya dan kedai-kedai di kawasan kejiranan.

Saiz contoh tersebut tidak termasuk penyepit pakai buang yang disediakan di gerai-gerai menjual makanan siap dimasak untuk dibawa pulang. Ini sebagai "satu bentuk kawalan dan juga disebabkan isu-isu pengesanan".

Menurut hasil ujian, jumlah sisa sulfur dioksida antara 7mg/kilogram hingga 364 mg/kilogram dikesan dalam 20 contoh.

Sebagai satu langkah berjaga-jaga, para pengguna dinasihati agar mengelak daripada menggunakan penyepit yang kelihatan terlalu putih atau mengeluarkan bau yang kuat. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan