Penyelidikan tenaga nuklear di SG terima suntikan dana S$66 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Institusi utama dalam penyelidikan tenaga nuklear menerima suntikan dana sebanyak S$66 juta sempena pelancaran bangunan baharunya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Jumaat (11 Jul).
Dengan dana tersebut, Institut Penyelidikan dan Keselamatan Nuklear Singapura (SNRSI) akan memperluaskan penyelidikannya dalam bidang keselamatan nuklear, menurut kenyataan media bersama oleh NUS dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Institut ini kini memiliki bangunan seluas 12,900 meter persegi di 16 Prince George's Park, yang merupakan sebahagian daripada kampus NUS.
Singapura masih belum memutuskan untuk melaksanakan tenaga nuklear, dengan Perdana Menteri Lawrence Wong menyatakan semasa Belanjawan 2025 bahawa pemerintah akan mengkaji potensi pelaksanaan tenaga nuklear di Singapura dan mengambil langkah seterusnya untuk membina keupayaan dalam bidang ini secara sistematik.
Beliau menyebut beberapa langkah yang sudah diambil, termasuk perjanjian yang ditandatangani antara Singapura dan Amerika Syarikat mengenai kerjasama nuklear awam.
Singapura juga mengumumkan rancangan untuk membentuk kumpulan dengan sekitar 100 pakar tenaga nuklear dalam jangka sederhana hingga panjang.
Walaupun dianggap tidak sesuai bagi Singapura sebelum ini, teknologi nuklear sudah berkembang, dan reaktor modular kecil (SMR) kini dilihat sebagai pilihan yang praktikal bagi negara yang kekurangan tanah seperti Singapura.
Ini memandangkan saiznya jauh lebih kecil berbanding reaktor nuklear biasa serta tahap keselamatannya yang lebih tinggi.
Singapura kini sedang memantau kemajuan teknologi SMR dan teknologi nuklear canggih lain sebagai potensi pilihan tenaga pada masa hadapan.
KESELAMATAN NUKLEAR: KEUTAMAAN SERANTAU
Semasa merasmikan bangunan baharu institut tersebut pada Jumaat, Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) Heng Swee Keat berkata dana S$66 juta itu akan diperuntukkan kepada penyelidikan keselamatan nuklear dalam tempoh dua setengah tahun, bermula dari Disember tahun lalu, di bawah pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2025.
“Sedang kita merangka pelan RIE2030, keselamatan nuklear akan terus menjadi keutamaan, memandangkan ia penting secara strategik untuk Singapura dan rantau ini,” kata Encik Heng.
Menurut beliau, Singapura mengambil keputusan awal untuk membina keupayaan dalam memahami tenaga dan keselamatan nuklear atas dua sebab utama.
Teknologi nuklear akan terus berkembang, dan Singapura mesti mempunyai keupayaan untuk menilai pilihan yang tersedia apabila teknologi tersebut maju.
Singapura juga mesti mampu bertindak balas dengan berkesan sekiranya berlaku kecemasan radiologi di rantau ini.
Encik Heng, mantan timbalan perdana menteri yang bersara daripada politik selepas Pilihan Raya Umum 2025, turut berkata bahawa negara-negara di rantau ini sedang menimbangkan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada campuran tenaga negara masing-masing.
“Walaupun tiada negara ASEAN yang mempunyai loji nuklear yang beroperasi ketika ini, ada yang sudah mengumumkan rancangan pelaksanaan – seperti Filipina menjelang awal 2030-an dan Indonesia pada tahun 2040,” kata Encik Heng, sambil menambah bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai pengalaman dalam teknologi tersebut dan sudah mengendalikan reaktor penyelidikan sejak sekian lama.
Beliau menjelaskan bahawa "konteks operasi" negara-negara jiran berbeza daripada Singapura dari segi geografi dan pendedahan kepada bahaya semula jadi.
Presiden NUS, Tan Eng Chye pula berkata pertumbuhan SNRSI memerlukan ruang khas yang lebih besar dan dibina untuk tujuan khusus.
Dengan bangunan baharu ini, institut tersebut merancang untuk membangunkan keupayaannya dalam bidang simulasi, menjalankan eksperimen fizikal mengenai keselamatan reaktor, serta membangunkan kaedah baharu untuk mengesan bahan radioaktif dengan pantas.
Institut itu juga akan mengkaji kesan adaptif ke atas organisma hidup yang terdedah kepada dos radiasi yang rendah.
Bangunan baharu ini juga akan menjadi tuan rumah bagi kegiatan pendidikan untuk orang awam.
Ini bagi “menghapuskan salah tanggapan umum dan memberikan pemahaman lebih mendalam tentang radiasi,” kata Prof Tan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.