Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyelidik NUS bangunkan ujian darah pantau keberkesanan rawatan pesakit barah

Pesakit barah kini boleh dimaklumkan jika rawatan mereka berkesan, dalam tempoh 24 jam selepas mula menjalani rawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jun 2021 05:34PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 12:07AM

SINGAPURA: Pesakit barah kini boleh dimaklumkan jika rawatan mereka berkesan, dalam tempoh 24 jam selepas mula menjalani rawatan.

Ia hasil penggunaan ujian sekumpulan saintis dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Ujian tersebut lebih murah berbanding imbasan tumor dan kurang invasif berbanding biopsi tisu, kata NUS.

Hanya jumlah kecil sampel darah diperlukan bagi ujian ini, yang mengambil masa kurang sejam untuk dijalankan.

Menurut NUS, kaedah itu juga boleh memberikan lebih banyak maklumat dan membolehkan doktor memantau keadaan pesakit dengan lebih kerap.

Penyesuaian yang tepat bagi rawatan juga membantu meningkatkan peluang bagi pesakit untuk pulih.

Pasukan NUS itu berharap untuk memasarkan ujian tersebut dalam masa tiga tahun akan datang.

"Berbanding kaedah rawatan tradisional bagi pesakit barah melibatkan prosedur imbasan perubatan yang menelan belanja ribuan dolar, exoSCOPE menggunakan ujian darah yang mudah berharga ratusan dolar, untuk mengukur keberkesanan rawatan ubat," kata Penolong Profesor Shao Huilin dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan NUS. 

Sumber : CNA/AI/ih

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa