Penyelidik NTU cipta ujian pantas berupaya kesan pelbagai varian COVID-19
Para penyelidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menghasilkan ujian pantas yang berupaya mengesan pelbagai varian COVID-19.
SINGAPURA: Para penyelidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menghasilkan ujian pantas yang berupaya mengesan pelbagai varian COVID-19.
Ujian VaNGuard boleh mengesan lebih 99.5 peratus daripada ribuan varian COVID-19.
Ia menggunakan alat penyunting baka dipanggil CRISPR yang boleh mengubah susunan DNA dan fungsi baka.
Teknologi tersebut membolehkan enzim mengenalpasti bahagian-bahagian khusus daripada bahan genetik SARS-CoV-2 lalu mengasingkannya dari genom yang lainnya.
Ini memberi isyarat bahawa virus itu wujud dan boleh dikenalpasti dengan tepat.
Ujian pantas itu boleh menghasilkan keputusan dalam sekitar 30 minit iaitu tempoh serupa dengan ujian Pantas Antigen (ART).
Namun, ia dipercayai 10 kali lebih sensitif berbanding ART.
Kos kit-kit ujian dalam bentuk jaluran itu adalah sekitar S$10 dan serupa dengan dengan kit ujian kehamilan.
Pasukan itu berharap ia akan diluluskan di Singapura menjelang akhir tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.