Skip to main content

Singapura

Penyelia tapak maut ditimpa batu bata di tapak kerja Jalan Usaha

Seorang penyelia tapak berusia 30 tahun maut setelah ditimpa palet batu bata apabila sebuah kanopi yang baru dibina, yang menampung palet tersebut, runtuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyelia tapak maut ditimpa batu bata di tapak kerja Jalan Usaha

Kejadian di Jalan Usaha berlaku sekitar pukul 10.30 pagi pada 16 Mei itu sedang disiasat oleh Kementerian Tenaga Manusia. (MOM) (Gambar: Kementerian Tenaga Manusia)

SINGAPURA: Seorang penyelia tapak berusia 30 tahun maut setelah ditimpa palet batu bata apabila sebuah kanopi yang baru dibina, yang menampung palet tersebut, runtuh.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya tidak lama kemudian.

Kejadian itu berlaku di Jalan Usaha berhampiran Upper Paya Lebar Road sekitar pukul 10.30 pagi pada Sabtu (16 Mei) dan kini sedang disiasat Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOM pada Ahad menyatakan penghuni tapak berkenaan serta majikan mangsa, LCN, sudah diarahkan untuk menghentikan semua kerja di tapak tersebut.

“Sebagai langkah keselamatan umum, bahan binaan tidak seharusnya diletakkan di atas struktur yang tidak direka untuk menampung bahan yang berat,” menurut MOM.

Polis pula, ketika menjawab pertanyaan Mediacorp, menyatakan mereka tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah, sambil menambah bahawa siasatan masih dijalankan.

Mediacorp sudah menghubungi LCN untuk mendapatkan komen.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita