Penyelia gudang dipenjara ambil produk SK-II hampir S$698,000 untuk lunas hutang, kegunaan peribadi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang penyelia gudang dihukum penjara empat setengah tahun pada Selasa (2 Mei) selepas mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah kerana menggelapkan wang secara tidak jujur.
Warga Singapura, Foo You Ann berusia 50 tahun, dijatuhi hukuman tersebut kerana mengambil produk kecantikan SK-II daripada syarikatnya dan menjualnya kepada pembelinya sendiri.
Dia berbuat demikian untuk melunaskan pinjamannya sebanyak S$1 juta angkara judi dan urusan mata wang kripto.
Mahkamah mendengar bahawa Foo bertugas sebagai seorang penyelia gudang di Luxury Ventures (Beauty) selama sekitar dua tahun.
Dia ditugaskan di cawangan Hotel Michael di Sentosa, dan merupakan satu-satunya kakitangan di gudang tersebut yang bertanggungjawab untuk menerima barangan dan menghantarnya ke kedai.
Setelah mengalami kerugian akibat berjudi dan terlibat dalam mata wang kripto, Foo memutuskan untuk mengambil barangan daripada gudang syarikat dan menjualnya untuk mendapatkan wang.
Antara September 2022 hingga 17 November 2022, Foo mengambil produk-produk kecantikan SK-II berjumlah hampir S$698,000 dari gudang tersebut.
Dia menerima bayaran sekitar S$150,000 hingga S$250,000 daripada dua pembeli dan menggunakan wang tersebut untuk melunaskan hutang atau bagi kegunaan peribadi seperti berjudi.
Jenayah itu terbongkar setelah seorang penolong pengurus mendapati sesetengah produk tiada dalam kotak masing-masing.
Apabila ditanya jika kotak-kotak tersebut sememangnya kosong apabila tibe di gudang berkenaan, Foo tidak menjawab.
Foo hanya mengaku bersalah setelah pengurus besar syarikat berkenaan bersemuka dengannya, di mana kes itu kemudian dilaporkan kepada pihak polis.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.