Penyelarasan peraturan bagi pacu penggunaan robotik dalam sektor binaan SG
Anggaran Waktu Membaca:
- Pihak berkuasa Singapura menyelaras peraturan sektor binaan untuk mempercepat penggunaan robotik dan teknologi automasi.
- Firma dan kontraktor dibantu mengenal pasti serta meluaskan penggunaan teknologi yang terbukti berkesan tanpa perlu proses tender baharu.
- Langkah ini bertujuan menangani kos binaan yang meningkat dan kekurangan tenaga kerja, serta mempercepat inovasi di tapak binaan.
- Teknologi baharu seperti robot pemeriksaan, kren kawalan jauh dan pemantauan AI akan digunakan di projek utama seperti Long Island dan Terminal 5 Changi.
SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyelaraskan peraturan dalam sektor binaan sebagai sebahagian daripada langkah memacu penggunaan robotik bagi sektor itu.
Firma-firma akan dibantu untuk meluaskan percubaan-percubaan yang terbukti berjaya, dan kontraktor-kontraktor dibantu mengenal pasti teknologi yang boleh dipercayai.
Semua ini bertujuan mendorong huraian yang terbukti berkesan melangkaui fasa perintis dan dikerahkan ke tapak binaan dengan lebih pantas.
Ini terutamanya bagi menghadapi kos binaan yang meningkat serta kekurangan tenaga kerja.
Menteri Pembangunan Negara, Chee Hong Tat berkata, "Syarat dan peraturan kita mesti seiring dengan inovasi dan penerapan teknologi dalam sektor binaan. Jika terdapat peraturan lapuk yang menimbulkan halangan yang menyekat anda, sila beritahu kami.
"Beritahu saya dan pasukan saya di mana terdapat kesempitan, supaya kami boleh bekerjasama dengan anda untuk membuka laluan dan memperbaiki keadaan serta membantu syarikat kita untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga kerja," tambah Encik Chee di acara teknologi sektor binaan di Punggol.
Perubahan tersebut berlaku ketika lebih banyak huraian robotik dibangunkan untuk automasi tugas-tugas yang menggunakan tenaga buruh serta bahaya di tapak pembinaan.
Antara huraiannya, termasuk robot pemeriksaan dan kren menara kawalan jauh, sehingga pemantauan tapak yang dipacu AI.
Antara langkah baharu itu, projek perintis yang berjaya boleh dikembangkan tanpa perlu melalui proses tender baharu.
Pihak kontraktor juga boleh memanfaatkan teknologi baharu yang sudah diuji dan diberi tauliah.
Teknologi baharu muncul akan digunakan di projek seperti Long Island di East Coast dan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi.

Sumber : CNA/IQ/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.