Penyelam skuba kini boleh anjur kegiatan menyelam, latih relawan awam
Penyelam skuba yang berpengalaman kini boleh memainkan peranan lebih besar dalam melindungi ekosistem laut Singapura.
SINGAPURA: Penyelam skuba yang berpengalaman kini boleh memainkan peranan lebih besar dalam melindungi ekosistem laut Singapura.
Buat pertama kalinya, mereka boleh menganjurkan kegiatan menyelam bagi merekodkan kepelbagaian kehidupan laut di kawasan Taman Marin Pulau Subar Laut.
Di bawah program baru, relawan awam akan dilatih untuk mengenal pasti spesis kehidupan pesisir pantai Singapura.
Data yang dikumpulkan akan menyumbang kepada strategi pemuliharaan jangka panjang.
Ia sebahagian daripada siri aktiviti sepanjang tahun NParks bagi menyambut Tahun Terumbu Antarabangsa 2018.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran laut
Ia turut melibatkan masyarakat dalam usaha memulihara ekosistem laut Singapura.
Aktiviti lain termasuk Program Rondaan Pantai di mana relawan akan dilatih untuk mengenal pasti spesis pesisir pantai Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.