Penyedia khidmat keselamatan siber perlu dapatkan lesen
SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan keselamatan siber tidak lama lagi akan dikawal sedia dengan tujuan untuk meningkatkan mutu khidmat berkenaan.
Langkah itu diambil susulan maklum balas daripada pemain industri tersebut dan orang awam pada tahun lalu.
Syarikat yang menyediakan dua jenis perkhidmatan berikut akan diberikan lesen.
Pertama, pengendali yang menawarkan ujian penembusan, atau simulasi serangan siber.
Ujian sedemikian bertujuan untuk meneliti kelemahan-kelemahan yang ada.
Kedua adalah syarikat yang mengendalikan pusat operasi keselamatan.
Perkhidmatan sedemikian sudahpun digunakan secara meluas dan pembekal mempunyai akses kepada sistem dan maklumat pelanggan mereka.
Penyedia perkhidmatan mesti memohon lesen selewatnya pada 11 Oktober ini.
Syarikat dan individu yang terus menyediakan perkhidmatan tanpa lesen akan dikenakan hukuman.
Mereka boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Setiap lesen sah buat dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.