Penyedia khidmat jagaan kesihatan digesa tidak melulu dakap kemajuan AI: Ong Ye Kung
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung meminta penyedia khidmat jagaan kesihatan agar jangan mengejar secara melulu setiap peluang dan kemajuan yang ditawarkan kecerdasan buatan (AI).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung meminta penyedia khidmat jagaan kesihatan agar jangan mengejar secara melulu setiap peluang dan kemajuan yang ditawarkan kecerdasan buatan (AI).
Sebaliknya, ia harus memastikan jagaan kesihatan tidak hilang sentuhan manusianya.
Encik Ong berkata walaupun sistem jagaan kesihatan Singapura mendakapi teknologi, ia juga mesti mengutamakan bidang-bidang yang akan mempunyai kesan paling besar terhadap hasil kesihatan.
"Sekarang semuanya AI. Imbasan - AI. Penghantaran - AI. Sistem komputer - AI. Semuanya. Jadi kalau kita mendakapi semuanya, saya rasa kita akan menjadi sangat keliru.
"Maka saya rasa satu pertimbangan penting adalah untuk mentakrif kes penggunaan dengan sewajarnya, dengan teliti dan dengan bijaksana. Kita perlu menampilkan manusia secara jelas dalam setiap kes penggunaan. Jadi ironiknya, kita perlu melakukan usaha khas untuk mengeluarkan ciri kecerdasan itu daripada AI dan memastikan manusia ada dalam AI itu," kata Encik Ong di satu pameran sulung yang menampilkan inovasi canggih dalam jagaan kesihatan pada Rabu (13 Nov).
16 projek yang dipamerkan menangani jagaan pencegahan, pemeriksaan, penghantaran perubatan dan rawatan.
Ia termasuk pengimbas luka yang didayakan AI.
Alat itu bukan sahaja berupaya menilai kecederaan tetapi juga mampu mengesan dengan pantas bagi kemungkinan berlakunya jangkitan.

Sumber : CNA/FZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.