Skip to main content

Singapura

Penyedia aplikasi perlu sekat akses kanak-kanak SG kepada kandungan berbahaya mulai 31 Mac

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jan 2025 06:55PM Dikemas Kini : 16 Jan 2025 12:40AM
SINGAPURA: Gedung aplikasi atau App store perlu melaksanakan beberapa langkah bagi menentukan sama ada penggunanya adalah pengguna bawah umur.

Ia juga perlu menyekat akses kanak-kanak kepada kandungan berbahaya.

Langkah itu adalah sebahagian daripada kod amalan badan pemantau media Singapura.

Ia akan dilaksanakan mulai 31 Mac ini.

Kod amalan itu menyasarkan khidmat pengedaran aplikasi atau App store yang mempunyai jangkauan atau impak ketara.

Ini termasuk App store syarikat-syarikat seperti Apple, Google, Huawei, Microsoft dan Samsung.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menggariskan enam jenis kandungan berbahaya.

Ia termasuk kandungan seks, keganasan, pembulian siber serta yang berkaitan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo berkata tiada satu huraian tunggal yang boleh membanteras semua risiko online.

Singapura, tambahnya, komited untuk mengurangkan bahaya online.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita