Penyata kewangan semua majlis bandaran ikut piawaian
Kesemua majlis bandaran menghasilkan penyata kewangan yang mengikut piawaian bagi tahun kewangan 2019, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Isnin (15 Mac).

(Gambar: Reuters/Kevin Lam)
SINGAPURA: Kesemua majlis bandaran menghasilkan penyata kewangan yang mengikut piawaian bagi tahun kewangan 2019, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Isnin (15 Mac).
Penyata kewangan tersebut menunjukkan bahawa laporan yang dibentangkan memberi gambaran benar dan saksama berkenaan ehwal kewangan pertubuhan.
Menurut MND dalam satu kenyataan, pihaknya telah membentangkan penyata kewangan 16 majlis bandaran yang sudah diaudit sebelum Pilihan Raya Umum kepada Parlimen. MND juga sudah mengeluarkan Laporan Pengurusan Majlis Bandaran bagi tahun kewangan 2019 dari April 2019 hingga Mac 2020.
Terdapat kelengahan dalam penerbitan Laporan Pengurusan Majlis Bandaran bagi tahun kewangan 2019 disebabkan oleh tempoh "pemutus rantaian jangkitan" pada 2020, menurut MND.
Dalam laporan pengurusan pula, majlis bandaran dinilai berdasarkan lima petunjuk menggunakan tiga warna - hijau, jingga dan merah.
Lima bidang yang dinilai adalah kebersihan dan penyelenggaraan estet, prestasi lif, pengurusan yuran perkhidmatan dan penyelenggaraan (S&CC) yang tertunggak dan tadbir urus korporat.
13 majlis bandaran diberikan markah "Hijau" bagi kesemua lima petunjuk.
Bagi kebersihan estet, kesemua majlis bandaran diberikan tanda "Hijau".
Kesemua majlis bandaran juga diberi markah hijau bagi prestasi lif. Ini bermakna terdapat kurang daripada dua insiden kerosakan lif setiap bulan bagi setiap 10 lif yang dikendalikan oleh majlis bandaran, dan tidak berlaku langsung kegagalan Peranti Menyelamat Automatik lif.
Majlis bandaran Aljunied-Hougang dan Tampines diberi markah "Jingga" bagi penyenggaraan estet manakala "Hijau" bagi bahagian yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.