Penyanyi rap Subhas Nair kalah rayuan, mulakan hukuman penjara kerana cuba lagakan kaum & agama
Anggaran Waktu Membaca:

Penyanyi rap Subhas Nair di Mahkamah Negara pada 21 Mac 2023. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Penyanyi rap Subhas Nair pada Rabu (5 Feb) memulakan tempoh penjara selama enam minggu kerana cuba melaga-lagakan kumpulan kaum dan agama di negara ini menerusi media sosial. Ini selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya.
Warga Singapura berusia 32 tahun itu, yang nama penuhnya Subhas Govin Prabhakar Nair, merayu terhadap sabitan dan hukumannya di hadapan Hakim Hoo Sheau Peng selama dua hari, sejak tahun lalu.
Dengan memakai kemeja berwarna hitam, Subhas Nair tiba di Mahkamah Tinggi, diiringi oleh adiknya Preeti Nair pada Rabu.
Dalam satu keputusan ringkas yang dibuat secara lisan, Hakim Hoo mengatakan beliau bersetuju dengan keputusan mahkamah rendah itu berhubung sabitan dan hukuman, sambil menambah bahawa tempoh hukuman penjara enam minggu tersebut "bukannya tidak seimbang atau menghancurkan".
Subhas Nair didapati bersalah atas empat pertuduhan oleh mahkamah daerah pada 2023 selepas perbicaraan. Pertuduhan itu adalah berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dibuatnya antara Julai 2019 dan Mac 2021.
Ia merujuk kepada video YouTube, di mana beliau dan Preeti menyanyikan lagu mengandungi lirik berbunyi: "Chinese people always out here f***ing it up".
Meskipun Subhas Nair diberi amaran bersyarat dua tahun oleh polis bagi video tersebut, beliau mengulangi kesilapannya menerusi komen yang dikongsi di media sosial.
Dia menulis pada satu video tular oleh dua penganut Kristian yang mengaitkan gerakan hubungan sesama jenis dengan iblis.
Komen yang ditulis: "Jika dua orang Melayu Islam menerbitkan video untuk menyebar ajaran mereka lalu mengungkapkan kata-kata kebencian, penganut Kristian Cina akan berkata, ISD (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri) akan berada di depan pintu mereka sebelum mereka tekan 'upload' (muat naik kandungan)."
Dalam satu lagi insiden, Subhas Nair memuat naik satu catatan Instagram mengenai wawancara media bersama Chan Jia Xing, yang hukumannya diringankan kepada amaran bersyarat kerana berurusan dengan seseorang yang memiliki senjata.
Chan salah seorang daripada tujuh orang yang awalnya didakwa membunuh seorang lelaki di Orchard Towers.
Subhas Nair mempertikaikan mengapa tindakan "membangkitkan isu perkauman dan hak istimewa Cina" dianggap sebagai satu "kempen fitnah dalam media" sehingga dirinya diberikan amaran bersyarat.
Ini sedangkan, tambah beliau, hukuman seseorang yang "bersubahat untuk membunuh seorang lelaki India" diringankan.
Subhas Nair kemudian melakukan drama pentas di mana dia memaparkan replika lukisan tangan komen yang berkaitan dengan Chan Jia Xing.
Seorang Hakim Daerah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara enam minggu yang dicadangkan oleh pendakwaan kepada Subhas Nair pada September 2023, mengakibatkan rayuan itu.
Atas kesalahan cuba menggalakkan niat jahat antara kumpulan kaum atau agama, Subhas Nair boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.