Penyanyi Nuradee terlantar di ICU, "mungkin alami sedikit kerosakan otak"
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/nuradeebrothers_)
SINGAPURA: Penyanyi Nur daripada kumpulan penyanyi adik-beradik Nuradee, kini sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Khabar ini disahkan oleh abangnya, Adee, kepada BERITA Mediacorp. Beliau turut berkongsi mengenai Nur atau nama sebenarnya Mohamed Noor Abdullah menerusi catatan Instagram pada Selasa (10 Sep).
Adee memuat naik gambar adiknya Nur dalam keadaan tidak sedarkan diri di katil hospital dengan catatan ringkas yang berbunyi: "Sudah dua hari Nur di ICU. Kelmarin rebah. Doktor kata mungkin (Nur) alami sedikit kerosakan pada bahagian otak. Teman-teman FB tolong doakan Nur."
"KEPALA PENING SANGAT", "BERAT"
Adee memberitahu BERITA Mediacorp, selepas makan malam pada Ahad (8 Sep) Nur tiba-tiba mengadu "kepala pening sangat" dan rasa "berat".
"Waktu itu dia duduk, rebah dan tidak responsif. Kami hubungi ambulans dan Nur dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH)," kata Adee atau nama sebenarnya Mohamed Rasid Abdullah.
Namun, selepas beberapa jam, doktor menghubungi Adee dan memaklumkan bahawa keadaan Nur lebih "serius" dan perlu dipindahkan ke TTSH.
"Doktor jalankan imbasan dan berkata mungkin Nur alami sedikit kerosakan pada bahagian otak. Nur ditidurkan untuk doktor buat pemantauan. Doktor kata buat masa ini tiada apa yang boleh dilakukan. Hanya boleh berdoa, tunggu dan lihat perkembangan Nur," cerita Adee kepada BERITA Mediacorp.
Adee yang sedang bersedih atas keadaan yang menimpa adiknya itu berkata siang hari pada Ahad yang sama, beliau dan Nur seperti biasa keluar 'busking'.
Adee menyifatkan adiknya pada waktu itu sebagai "baik-baik sahaja dan gembira".
TERPAKSA BATAL JADUAL PERSEMBAHAN SEHINGGA JANUARI 2025
Menurut Adee, jadual persembahan Nuradee sebenarnya penuh sehingga Januari 2025.
Namun, semuanya terpaksa dibatalkan selepas apa yang berlaku kepada Nur.
"Kalau Nur sedar sekalipun, ia akan makan masa untuk beliau sembuh sepenuhnya. Jadi saya batalkan semua persembahan buat masa ini," ujar Adee, yang tinggal serumah dengan Nur di Yishun.
PERNAH KOMA 3 TAHUN LALU
Pada 2021, Nur pernah dimasukkan ke Hospital Besar Sengkang (SKH) dan didiagnos mempunyai tumor atau ketumbuhan pada otaknya. Pada waktu itu Nur juga dikatakan "hilang 50% ingatannya".
Pada 2019, Nur terlantar di hospital setelah terkena jangkitan 'Necrotizing fasciitis' - bakteria bangkai haiwan yang makan daging dan sebatang jari kakinya perlu dipotong.

Menerusi panggilan telefon dengan BERITA Mediacorp hari ini, Adee berkata adiknya juga mengalami kencing manis dan tekanan darah tinggi kronik.
Namun Adee menjelaskan, setakat ini doktor tiada mengaitkan keadaan Nur sekarang dengan sakitnya yang sebelum ini.
Apabila ditanya sama ada Nur boleh menerima pelawat di hospital, Adee berkata buat masa ini hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan menziarahi Nur.
"Hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh ziarah. Itu pun doktor pesan jangan banyak berbual dengan Nur kerana terdapat kebimbangan reaksi Nur boleh menyebabkan tekanan darahnya naik tinggi," tambah Adee.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.