Penyampai radio WARNA 94.2 Aura Shai terima Anugerah Patron Muzik COMPASS, sumbangan martabatkan muzik tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
Aura Shai menerima Anugerah Patron Muzik COMPASS atas sumbangannya martabatkan muzik tempatan. (Gambar: Aura Shai)
SINGAPURA: Personaliti radio terkenal, Aura Shai dari stesen radio WARNA 94.2, menerima Anugerah Patron Muzik di Anugerah Tahunan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (COMPASS) ke-28 yang berlangsung Ahad lalu (28 Sep).
Anugerah berprestij itu diberikan kepada individu yang telah memberi sumbangan besar dan konsisten dalam menyokong serta memartabatkan muzik tempatan.
"Penghargaan ini datang tanpa disangka-sangka. Lebih indah kerana ia diberikan berdasarkan maklumbalas dari teman-teman di dalam industri," kongsi Aura Shai.
"Tidak sedikit pun menyangka akan tibanya waktu di mana kami akan diberikan penghargaan ini. Setiap yang kami lakukan, bukan balasan dan anugerah yang diharapkan, tetapi sama ada ia mempunyai penambahan nilai kepada pendengar dan masyarakat," tambahnya lagi.
Aura Shai, yang sinonim dengan stesen radio Warna 94.2 dan RIA 89.7, dikenali sebagai antara suara paling berpengaruh dalam mempromosikan lagu dan artis tempatan sepanjang kerjayanya dalam bidang penyiaran.
"Sedikit sebanyak, sebagai warga kerja Mediacorp, pengiktirafan ini bermakna apa yang diusahakan oleh kami menerusi konten, program dan acara dihargai oleh anak seni Singapura," kata beliau.
"Anugerah ini pemangkin semangat bagi kami untuk terus berbagi semangat dengan mereka yang baru ingin bertapak, untuk terus menghasilkan konten yang dapat membantu memperkenalkan bakat-bakat baru, serta memartabatkan artis-artis mapan," tambahnya lagi.

Sepanjang lebih dua dekad dalam dunia radio, Aura Shai yang mengendalikan segmen tengah hari #WarnaVista bukan sahaja mengendalikan pelbagai rancangan popular, malah memainkan peranan penting sebagai penyokong aktif karya komposer tempatan.
Beliau secara konsisten memutarkan muzik tempatan di udara untuk didengari oleh khalayak yang lebih luas, termasuk memperkenalkan lagu-lagu baharu kepada pendengar arus perdana.
"Menerusi program-program yang memberi ruang kepada mereka untuk memperkenalkan diri dan karya mereka, ia bukan setakat “lagu ini nyanyian...”, tetapi bagaimana kaitannya karya mereka dengan apa yang mereka perjuangkan. Juga, bagaimana karya ini dikongsi dengan para pendengar sehingga ia menjadi sesuatu yang mempunyai nilai tambah," kata Aura Shai.
Anugerah anjuran COMPASS tersebut merupakan acara tahunan yang mengiktiraf pencapaian dan sumbangan penggiat muzik di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.