Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyampai radio CNA938, Eugene Loh meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Penyampai radio CNA938, Eugene Loh meninggal dunia

Gambar: CNA

Diterbitkan : 19 Nov 2022 08:25PM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 08:35PM
SINGAPURA: Penyampai radio CNA938, Eugene Loh, meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Mediacorp mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kematiannya pada Sabtu (19 Nov) sambil menyatakan mendiang telah bekerja di Mediacorp selama lebih 24 tahun dan "disayangi semua yang mengenali dan bekerja dengannya".

Sepanjang kerjayanya di Mediacorp, Eugene mengacara beberapa rancangan di CNA938, termasuk rancangan pada waktu pagi dan petang dan baru-baru ini, rancangan Night Life.

Sebagai seorang artis suara latar, mendiang juga menulis dan menyampaikan segmen motivasi popular, A Slice of Life, dari 1998 hingga 2019.

"Kami akan rindui Eugene. Ini adalah kehilangan yang sangat menyayat hati buat keluarga Eugene, teman dan rakan sekerjanya dalam keluarga Mediacorp. Kami mengucapkan takziah yang mendalam dan akan melakukan segalanya bagi menyokong keluarga mendiang dan kakitangan kami yang meratapi pemergian Eugene," menurut Mediacorp.
 
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa