Penyampai CNA938 Andrea Heng menang Anugerah Wartawan Pendidikan Pelabur Terbaik SIAS untuk kali kedua
Penyampai radio CNA938 Andrea Heng dinamakan sebagai Wartawan Pendidikan Pelabur Terbaik Tahun Ini oleh Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) pada Selasa (11 Nov), sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau mendidik para pelabur merentasi pelbagai platform.
Anggaran Waktu Membaca:
Penyampai CNA938 Andrea Heng di rancangan Money Talks.
SINGAPURA: Penyampai radio CNA938 Andrea Heng dinamakan sebagai Wartawan Pendidikan Pelabur Terbaik Tahun Ini oleh Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) pada Selasa (11 Nov), sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau mendidik para pelabur merentasi pelbagai platform.
Beliau diberikan anugerah itu di majlis penganugerahan Anugerah Pilihan Pelabur SIAS yang mengiktiraf syarikat dan individu atas amalan dan sumbangan cemerlang mereka.
Ia merupakan kali kedua beliau memenangi anugerah itu. Sebelum ini, beliau menerima anugerah itu atas penerbitan podcast Money Talks pada 2023.
Cik Heng dipilih atas "komitmen cemerlangnya yang konsisten terhadap pendidikan pelabur merentasi radio, televisyen dan podcast", menurut SIAS.
"Sejak 2023, anda membantu pendengar anda menimba ilmu dengan menjadikan topik-topik kewangan yang rumit lebih mudah diakses dan relevan kepada pelbagai pendengar dan penonton", tambahnya.
"Kepimpinan anda dalam melancarkan rancangan radio kewangan harian, penyampaian menghiburkan di televisyen dan podcast yang memenangi anugerah menunjukkan nilai serba boleh dan impak yang berkesan."
Mengulas tentang kemenangannya, Cik Heng berkata: "Ia satu penghormatan untuk menerima pengiktirafan ini. Dengan banyak kerumitan dalam dunia kewangan hari ini, saya gembira kerana apa yang kami lakukan di CNA memberi kesan untuk membantu orang ramai memahami dengan lebih baik."
Selain menjadi hos rancangan podcast Money Talks, Cik Heng juga adalah pengacara bersama bagi Open For Business, iaitu rancangan radio harian yang memberi tumpuan kepada perniagaan, pasaran dan kewangan yang dilancarkan pada Mac 2025.
Beliau juga menyampaikan program kewangan mingguan di televisyen, Money Mind.
"Menerusi laporan anda yang jelas dan bernas, anda menjadi suara yang diyakini dalam kewangan peribadi kepada masyarakat pelabur kami," menurut SIAS.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.