Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyampai BERITAmediacorp Nursha Ismail antara wajah semarakkan kempen kebaya NHB

Sering dengan penampilan berkebaya apabila menyampaikan buletin Berita mahupun untuk rancangan ehwal semasa DETIK, gaya busana itu sudah cukup sinonim dengan Nursha Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sering dengan penampilan berkebaya apabila menyampaikan buletin Berita mahupun untuk rancangan ehwal semasa DETIK, gaya busana itu sudah cukup sinonim dengan Nursha Ismail.

Ini sehingga ia menjadi sebahagian daripada identiti Penyampai Berita dan Penerbit Kanan Unit Berita dan Ehwal Semasa Melayu Mediacorp itu.

'

Maka itu beliau dipilih Lembaga Warisan Negara (NHB) sebagai salah satu personaliti untuk menyemarakkan penghargaan terhadap kebaya.

Penglibatan beliau itu menerusi kempen digital #WeHeartKebaya, yang dimulakan sejak bulan lalu.

'

Nursha berkata, "Saya teruja kerana terlibat dalam kempen #WeHeartKebaya anjuran NHB di mana saya membawa para penonton untuk bersiap bersama saya atau 'Get Ready With Me', di mana saya membawa penonton ke toko kebaya terkenal Singapura, Ratianah. Dalam sesi ini saya berkongsi pengalaman dan juga makna kebaya itu bagi saya."

'

"Bagi saya kebaya melambangkan keanggunan disulami kewibawaan. Kebaya itu bukan sahaja pakaian tetapi identiti, perwatakan mahupun pemerkasaan," tambah Nursha lagi.

Nursha turut menukil contoh wanita-wanita berpengaruh seperti mantan Wanita Pertama, Noor Aishah Mohammad Salim yang memilih untuk memakai kebaya bagi acara berprestij negara.

MUAT NAIK GAMBAR KEBAYA, KONGSI KISAH TENTANG KEBAYA

Kempen #WeHeartKebaya juga merangkumi peraduan digital di mana para pengguna diminta untuk memuat naikkan gambar-gambar ke akaun media sosial Instagram dan Facebook mereka.

Menerusi kempen digital itu, NHB berharap para pengguna dapat mengongsi kisah-kisah di sebalik baju kebaya dan maknanya kepada mereka.

Kesemua gambar yang dimuat naik akan menjadi sebahagian daripada sokongan awam yang diperlukan untuk pencalonan kebaya kepada Senarai Wakil UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ternilai.

Dalam pada itu, Nursha turut mengalu-alukan pencalonan kebaya kepada senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.

"Kerjasama lima buah negara ini dapat mengeratkan hubungan ASEAN dan saya percaya bahawa pencalonan ini dapat menghidupkan lagi tradisi kebaya dan menyatukan identiti nusantara," jelas Nursha.

Setakat ini, NHB sudah menerima sekitar 170 gambar yang dimuat naik pengguna ke akaun media sosial Instagram dan Facebook mereka dengan #WeHeartKebaya.

Peraduan itu dijalankan sehingga Rabu depan (22 Mac).


Untuk terus meningkatkan kesedaran dan penghargaan orang ramai terhadap busana kebaya, NHB juga merancang untuk melancarkan pameran bergerak dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan