Penyampai berita veteran Pavalakantham Azhagarsamy terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Pradhana Vizha
Penyampai berita Pavalakantham Azhagarsamy menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Pradhana Vizha Mediacorp 2026 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang kewartawanan penyiaran Tamil, menurut Mediacorp dalam satu kenyataan media pada Ahad (8 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyampai berita Pavalakantham Azhagarsamy menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Pradhana Vizha Mediacorp 2026 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang kewartawanan penyiaran Tamil, menurut Mediacorp dalam satu kenyataan media pada Ahad (8 Feb).
Anugerah itu disampaikan sempena edisi ke-21 acara tahunan berkenaan, yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri hiburan India di Singapura.
“Sebagai seorang penyampai berita yang dihormati, mentor serta tunggak industri dengan kerjaya yang menjangkau lebih empat dekad, beliau terus membimbing para karyawan media Tamil generasi baharu dalam industri radio dan televisyen di Singapura hingga ke hari ini,” menurut rangkaian media nasional Singapura itu.
Acara yang berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada Sabtu itu menampilkan 19 anugerah merentasi kategori persembahan dan program, bagi meraikan pencapaian cemerlang dalam kandungan televisyen, audio dan digital.
Malam anugerah itu turut menyaksikan drama seram "Karuvanam" muncul sebagai pemenang besar, dengan lima anugerah persembahan termasuk Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, manakala drama misteri "Pithamagan" dinobatkan sebagai Drama Bersiri Terbaik.
Para penonton turut diberi peluang untuk mengundi personaliti lelaki dan wanita paling popular. Guruu dan Nisha Kumar dinobatkan sebagai pilihan peminat selepas berjaya menawan hati para pengundi.
Ketua pegawai pembangunan pelanggan dan korporat Mediacorp, Angeline Poh, berkata: “Pradhana Vizha 2026 menghimpunkan bakat merentasi generasi dalam satu pameran kecemerlangan penerbitan yang mengujakan, sambil meraikan pencapaian mereka yang berani berimpian.
“Sedang upacara ini menandakan edisi ke-21, ia bukan sahaja mencerminkan sejauh mana industri ini telah berkembang, malah memberi isyarat kepada masa depan yang penuh dengan keterujaan.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.