Penyampai BERITA Mediacorp, Nursha Ismail antara 4 Duta Bahasa baharu; kegiatan Bulan Bahasa 2023 bermula 13 Ogos

Gambar: Nursha Ismail
Dari latar belakang yang berbeza, mereka dilantik berdasarkan penguasaan dan minat mereka terhadap Bahasa Melayu serta pelibatan mereka dalam masyarakat.
Empat Duta Bahasa 2023 ialah:
1. Afi Hanafi – Penggiat Syair dan Seni Melayu
2. Nursha Ismail –Penerbit Kanan dan Penyampai Berita dan Hal Ehwal Semasa Melayu BERITA Mediacorp
3. Ustaz Nuzhan Halim – Pegawai Eksekutif Masjid, Anggota Majlis PERGAS dan Pendidik
4. Syafiqah Adha – Pendidik, Ahli dan Penggubah Muzik


Rekaannya juga menggunakan motif songket serta ikon-ikon yang memaparkan unsur-unsur digital.
Warna ungu dipilih menjadi warna utama pada tahun ini yang melambangkan harapan untuk bahasa ibunda kita terus mekar berkembang.

PELBAGAI KEGIATAN UNTUK SEMUA
Mulai 13 Ogos ini, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dan acara untuk meraikan keindahan dan kemewahan khazanah Bahasa Melayu.
Acara-acara itu akan dijalankan secara fizikal mahupun melalui wadah digital selama hampir dua bulan sehingga 9 Oktober ini.
Antaranya termasuk bengkel 'Berbunga Batik' oleh Kamal Arts yang mengajak para peserta melukis batik dan mempelajari istilah-istilah berkaitan.
Terdapat juga bengkel 'Drama Audio' oleh Panggung Digital. Ia akan dikendalikan oleh Encik Saffri A Manaf yang akan berkongsi cara menghasilkan skrip drama audio yang berkesan.
Selain melukis dan menulis, orang ramai juga boleh belajar memasak dan menghidangkan masakan Melayu melalui bengkel 'Honey Boleh Masak' oleh Institut dan Pengurusan Bio Dew.
Bagi senarai penuh kegiatan Bulan Bahasa 2023, orang ramai boleh merujuk kepada Instagram 'bulanbahasa' dan Facebook Majlis Bahasa.
MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA 2023

Bagi yang berminat, mereka boleh membuat pendaftaran melalui pautan ini sebelum 7 Ogos.
“Kami berterima kasih kepada masyarakat kerana usaha melestarikan Bahasa Melayu diteruskan setiap tahun. Hal ini hanya boleh tercapai atas kerja keras dan sokongan rakan-rakan kerjasama, sekolah-sekolah serta para guru. Usaha ini memerlukan kerjasama rapat antara pelbagai badan dan MBMS mengucapkan ribuan terima kasih atas dedikasi mereka. Saya juga mengalu-alukan ahli masyarakat, terutamanya keluarga untuk sertai aktiviti-aktiviti ini kerana ia disediakan untuk menyemarakkan lagi penggunaan Bahasa Melayu di mana-mana sahaja, baik di luar bilik darjah mahupun di rumah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023, Rahayu Mahzam.
Para penonton akan disajikan dengan persembahan oleh Duta Bahasa Aqmal N serta kumpulan dikir barat tempatan iaitu Makyong Kedek dan Dang Anom.
Gubahan muzik juga akan disusun dan diterajui oleh Duta Bahasa, Megat Firdaus.
Rakaman Pelancaran Bulan Bahasa 2023 akan ditayangkan pada Sabtu, 2 September, 8.30 malam di saluran Mediacorp Suria.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.