Skip to main content

Singapura

Penyalah guna Kpod perlu jalani penilaian klinikal: Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Aug 2025 09:37PM Dikemas Kini : 22 Aug 2025 11:55PM
SINGAPURA: Penyalah guna yang ditangkap menyedut vape yang dibubuh bahan terlarang, etomidate - atau dikenali sebagai Kpod - perlu menjalani penilaian dan program pemulihan di Pusat Khidmat Pengurusan Ketagihan Nasional (NAMS).

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata langkah segera untuk mengawal jangkauan bahan tersebut merupakan kunci bagi melindungi nyawa rakyat Singapura.

Beliau menambah, pusat itu bersedia untuk menangani kes-kes ketagihan Kpod.

Individu yang didapati menggunakan Kpod pertama sekali akan dinilai bagi tahap ketagihan mereka.

Kemudian, bergantung kepada betapa parah tahap tersebut, mereka mungkin dirujuk kepada program pemulihan bagi pesakit luar di Pusat NAMS.

Ini termasuk menjalani kedua-dua kaunseling secara individu dan berkumpulan.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita