Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyalaan lampu sempena sambutan Krismas di Orchard Road lebih mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Paparan lampu hiasan Krismas sepanjang Orchard Road tahun ini lebih mesra alam.

Untuk mengurangkan pelepasan karbon yang cukup untuk menyelamatkan 4,000 batang pokok, pihak penganjur akan menggunakan semula lampu dan hiasan dari penyalaan lampu sebelum ini.

Buat julung-julung kalinya, ada lampu dan hiasan akan dikuasakan oleh tenaga suria.

Menurut Persatuan Perniagaan Orchard Road (ORBA), kerja-kerja menyiapkan hiasan lampu kali ini akan mengambil masa lebih daripada 16,000 jam.

Hiasan lampu tahun ini tertumpu kepada usaha mesra alam.

Kira-kira 800,000 lampu LED akan digunakan semula dari hiasan tahun-tahun lalu. Hiasan lain yang digunakan semula termasuk kotak lampu dan struktur asas besi. Selain itu, penganjur akan menggunakan dawai, sebagai ganti kepada plastik, yang akan memudahkan hiasan digunakan semula tahun depan.

Dua hiasan yang berfungsi sebagai tempat merakamkan gambar akan dikuasakan oleh tenaga suria.

Menurut pihak penganjur, usaha mesra alam tersebut akan menyelamatkan kira-kira 4,000 batang pokok.

Pasukan itu juga akan menanam 100 pokok sepanjang Orchard Road, dan di seluruh Singapura tahun depan.

ORBA berharap penyalaan lampu di Orchard Road tahun ini akan menarik enam juta pengunjung ke kawasan pusat beli belah itu, lebih daripada dua juta berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Untuk menambah suasana perayaan, kampung Krismas akan menawarkan permainan karnival, kedai 'pop-up' dan kiosk makanan dan minuman.

Tahun ini, tiga kampung Krismas akan disediakan, berbanding satu pada tahun lalu.

Golongan kanak-kanak dapat menikmati istana belon, kubah belon dan macam-macam lagi.


Majlis penyalaan rasmi oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam akan diadakan pada 16 November hadapan.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan