Penyalaan lampu hiasan di Little India berlangsung hingga 9 November
Kemeriahan sambutan Deepavali semakin hangat dirasakan dengan gemerlapnya lampu hiasan di Little India.
Presiden Tharman Shanmugaratnam melancarkan penyalaan lampu hiasan Deepavali di Little India pada 6 September 2025. (Gambar: Mediacorp)
Pelancaran lampu hiasan Deepavali itu dilakukan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Sabtu (6 Sep).
Dalam ucapannya, Presiden Tharman menggesa rakyat Singapura supaya menghayati semangat Deepavali dan membantu golongan yang memerlukan.
Hiasan lampu tersebut berlangsung setiap hari dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.00 tengah malam, sehingga 9 November.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.