Penyakit palsi Bell tidak halang Siti Nurbiah Daud genggam ijazah sarjana muda kelas pertama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam penggal terakhir pengajiannya bagi ijazah sarjana muda berganda dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Birmingham City, Cik Siti Nurbiah Daud perlu berdepan dengan sebuah dugaan di luar jangkaannya.
Beliau disahkan doktor menghidap penyakit palsi Bell yang menyebabkan otot-otot di sebelah kanan mukanya melemah akibat masalah saraf.
Ia juga menyebabkan wajahnya senget sebelah.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, pada ketika itu juga, beliau mengalami masalah pendengaran di sebelah kirinya dan menjejas pertuturannya.
TERKEJUT, TIDAK SANGKA HIDAP PALSI BELL
Cik Siti menceritakan detik-detik sukar itu kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
"Apabila saya ingat kembali, bulu roma saya ternaik. Saya rasa macam ya Allah, Kenapa saya menghadapi ini? Saya tidak boleh senyum, pendengaran saya terjejas dan pertuturan saya tidak begitu lancar. Adakah anak saya akan takut dengan saya kerana muka saya jatuh? Ya mata saya tidak tutup, mulut. Apabila saya melihat cermin, saya rasa takut dan keyakinan saya merosot. Saya juga tidak mahu berjumpa keluarga saya walaupun dengan ibu dan bapa," luah Cik Siti.

Beliau juga amat risau sekiranya anaknya tidak boleh 'menerima' perubahan fizikalnya.
Mujur, anaknya sebaliknya memberi kata-kata semangat kepadanya yang sekali gus menyentuh hatinya.
"Apabila saya di hospital, saya tanya dia jika Bonda tidak boleh mendengar dan senyum, saya tidak ada pemulihan yang sepenuhnya. Adakah dia boleh terima saya. Dia berkata dia tidak kisah. Dia tahu di luar lain tapi di dalam dia tahu saya masih adalah bonda dia.// Alhamdulillah, dia peluk saya. Dia kata kalau bonda tidak boleh senyum tidak apa. Saya masih sayang bonda. Saya tahu di dalam itu adalah masih bonda," dedah Cik Siti sambil menahan air matanya.
INGIN JADI SUMBER INSPIRASI
Sebagai seorang ibu, beliau ingin menjadi sumber inspirasi kepada anaknya yang berusia lima tahun ketika itu.
Lantaran itu, beliau tidak mahu jadikan penyakit yang dialaminya itu sebagai alasan untuk abaikan pengajiannya.
Berkat kegigihan dan tekadnya, beliau sampai ke kemuncak menara gading pada 27 Julai apabila berjaya meraih kepujian kelas pertama. <<first class honours >>
Kejayaan ini bagaimanapun tidak datang bergolek bagi dirinya.
Meskipun belum pulih sepenuhnya, beliau tetap belajar bersungguh-sungguh dan gigihkan dirinya untuk menghadiri kelas di kampus Kaplan.
Lantaran itu, beliau amat bersyukur kerana para pensyarahnya amat prihatin terhadap keadaannya dan banyak memberi sokongan kepadanya.
Kata Cik Siti: "Dengan pengalaman ini, saya harap untuk menjadi inspirasi kepada anak saya dan juga para wanita yang melalui cabaran seperti saya. Sesiapa yang mahu memulakan pengajian atau untuk memulakan perniagaan atau untuk bekerja semula, mesti ada sikap positif, kuat semangat dan usaha. Kejayaan itu adalah milik anda selepas itu."
Keadaan kesihatannya kini sudah 90 peratus pulih dan tidak lagi perlu mengambil ubat doktor.
Beliau juga kini bertugas sebagai seorang pengurus dalam bidang perkhidmatan di sebuah syarikat.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.