Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyakit kronik lebih mencabar daripada COVID-19: Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2022 07:51PM Dikemas Kini : 10 Apr 2022 08:53PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata penyakit kronik adalah pandemik yang lebih mencabar berbanding COVID-19.

Itulah sebabnya perlu ada kerjasama dengan doktor keluarga bagi jagaan pencegahan untuk menangani masalah tersebut.

Usaha itu adalah sebahagian daripada strategi baru SG Lebih Sihat yang melakar perubahan besar sektor jagaan kesihatan.

Encik Ong berkata lebih banyak perincian akan diberikan dalam satu Kertas Putih pada enam bulan kedua tahun ini sebelum dibentangkan di Parlimen.

Encik Ong berkata demikian di majlis perasmian pusat dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di Hospital Masyarakat Yishun.

Pusat tersebut mula beroperasi pada Disember 2020 dan yang pertama di Singapura yang berada dalam kawasan sebuah hospital.

Pusat NKF di Hospital Masyarakat Yishun mempunyai 22 stesen dialisis.

Ia juga pusat NKF pertama yang menawarkan jagaan kepada para pesakit ginjal yang menjalani kaedah rawatan membersihkan darah dan yang menggunakan cecair pembersih.

NKF menyatakan pihaknya sedang berbincang untuk membuka pusat serupa di hospital masyarakat dan kemudahan jagaan lain.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan