Skip to main content

Singapura

Penutupan sepertiga loji arang batu Asia boleh kurangkan hingga 1 bilion tan karbon

Langkah menutup sepertiga loji arang batu Asia boleh mengurangkan pelepasan karbon sehingga 1 bilion tan setiap tahun dan Singapura kini menerajui usaha baharu untuk merealisasikannya melalui 'kredit peralihan' berintegriti tinggi.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Nov 2025 09:25PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 03:37PM
SINGAPURA: Langkah menutup sepertiga loji arang batu Asia boleh mengurangkan pelepasan karbon sehingga 1 bilion tan setiap tahun dan Singapura kini menerajui usaha baharu untuk merealisasikannya melalui 'kredit peralihan' berintegriti tinggi.

Singapura mendedahkan dapatannya itu di Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) COP30 di Belem, Brazil.

Sepuluh tahun selepas Perjanjian Paris memberi harapan kepada dunia untuk mencapai iklim lebih baik, usaha global masih belum mencukupi.

Walaupun kesemua negara di bawah perjanjian itu berjaya mengurangkan pelepasan karbon, dunia masih menuju ke arah pemanasan global sehingga 2.5 darjah Celsius.

Ini lebih tinggi daripada sasaran 1.5 darjah Celsius yang ditetapkan.

Justeru bagi memacu kemajuan, Singapura kini membantu mempercepatkan penutupan awal loji arang batu di Asia.

Ini memandangkan loji-loji itu menyumbang sepertiga daripada pelepasan gas rumah hijau di rantau ini.

Apabila sesebuah loji ditutup lebih awal, penjimatannya boleh dijual sebagai kredit peralihan kepada pihak pengeluar karbon.

"Sekitar sepertiga kapasiti loji arang batu di 15 pasaran Asia mungkin layak menjana kredit berintegriti tinggi, berpotensi mengurangkan pelepasan sehingga 1 gigatan setahun, iaitu 1 bilion tan setiap tahun," kata Duta Singapura bagi Tindakan Iklim dan Penasihat Kanan Sekretariat Perubahan Iklim Kebangsaan (NCCS), Ravi Menon.

Encik Menon berkata demikian semasa mengumumkan dapatan awal bagi laporan terakhir badan antarabangsa TRACTION, yang ditubuhkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dua tahun lalu.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita