Penutupan sementara 2 stesen MRT: Perjalanan lancar di Tampines dan Tanah Merah
Para penumpang di Laluan Timur-Barat berkata, perjalanan mereka lancar pada Sabtu (29 Nov), yang merupakan hari pertama dua stesen MRT ditutup bagi kerja-kerja binaan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang di Laluan Timur-Barat berkata, perjalanan mereka lancar pada Sabtu (29 Nov), yang merupakan hari pertama dua stesen MRT ditutup bagi kerja-kerja binaan.
Menurut pengendali pengangkutan SMRT, 10 kali lebih ramai kakitangan dikerahkan untuk membantu para penumpang di stesen-stesen terjejas sepanjang tempoh penutupan itu.
Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja-kerja selama 10 hari untuk menyambungkan laluan tersebut ke Depoh Bersepadu East Coast yang baharu.
Pada hari pertama penutupan, sebilangan stesen di Laluan Timur-Barat dipenuhi dengan makluman.
Di Tampines, kebanyakan penumpang yang ditemui Mediacorp berkata, mereka sudah mengetahui tentang perubahan perkhidmatan melalui berita atau media sosial.
Menurut mereka lagi, kehadiran kakitangan tambahan juga sangat membantu.
"Mereka sangat membantu, melambaikan stik-stik cahaya dan mengarahkan orang ramai ke tempat bas ulang-alik dan laluan alternatif lain," kata seorang penumpang.
"Saya rasa ada ramai (pekerja) dalam perjalanan saya dari pertukaran bas ke sini, jadi saya memang nampak ramai kakitangan yang boleh ditanya," kata seorang lagi penumpang.
Ada juga penumpang yang berkata bahawa penutupan tersebut tidak memberikan kesan besar, memandangkan wujudnya alternatif seperti Laluan Downtown, bas ulang-alik dan perkhidmatan bas biasa.
Di stesen Tanah Merah, semuanya turut berjalan dengan lancar pada pagi Sabtu, walaupun tanpa laluan kereta api alternatif.
Ini merupakan stesen laluan bercabang yang turut menuju ke Lapangan Terbang Changi.
"Hari ini hujung minggu, jadi lebih mudah. Kita perlu lihat bagaimana keadaannya pada Isnin nanti, mungkin akan sangat sesak," kata seorang lagi penumpang.
Para penduduk di kawasan tersebut menjangkakan, perjalanan mereka akan menjadi sehingga 30 minit lebih lama pada hari bekerja.
Perkhidmatan di stesen-stesen terjejas dijadual kembali beroperasi pada 9 Disember nanti.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.