Penutupan Sekolah Vokasional Mountbatten cetus kebimbangan
Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Vokasional Mountbatten.
SINGAPURA: "Saya mempertimbangkan untuk menghantar anak saya ke Sekolah Vokasional Mountbatten tetapi sekolah itu ditutup. Jadi, Luca tidak ada peluang untuk ke sana," keluh Cik Lela Iuorno kepada BERITA Mediacorp.
Anaknya, Luca Iuorno yang berusia 19 tahun, didiagnosis mengalami gangguan autisme pada usia tiga tahun.
Kini, Luca perlu mencari tempat untuk melanjutkan pendidikan pos-menengah beliau dan Cik Lela memang sengaja memilih agar Luca menjalani pendidikan vokasional berbanding laluan lain seperti di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
"Saya rasa latihan vokasional itu penting kerana jika Luca menyertai ITE misalnya selama dua hingga empat tahun, ia sangat berbeza dengan pengalaman yang diraih melalui latihan vokasional.
"Latihan vokasional itu praktikal untuk Luca belajar kemahiran yang berguna untuk kehidupan seharian," tambah Cik Lela.
Malangnya bagi segenap ibu bapa seperti Cik Lela, Sekolah Vokasional Mountbatten (MVS) mengumumkan penutupannya pada hujung tahun ini.

Ini sekali gus bermakna akan ada hanya tiga sekolah vokasional sepenuhnya buat golongan belia berkeperluan khas.
Cik Lela berkata: "Tidak banyak sekolah vokasional sepenuhnya di Singapura. Itu sebabnya kalau satu tutup ia sesuatu yang sangat menyedihkan dan malang."
KESAN DEK PENUTUPAN MVS
Sekolah vokasional sepenuhnya menumpukan perhatian kepada latihan pekerjaan mengikut industri, yang kerap menyaksikan para pelajar lulus dengan sijil bertauliah.
Pada masa yang sama, pendidikan vokasional turut memperkasa para pelajar belia berkeperluan khas untuk memasuki dunia pekerjaan.
Ketua Program Pendidikan Khas Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) Dr Eunice Tan akur penutupan MVS menimbulkan kebimbangan, terutamanya bagi ibu bapa.
Ini kerana MVS lazimnya mengambil masuk para belia berkeperluan khas yang mungkin sukar mendapat tempat di sekolah atau pertubuhan khas disebabkan kriteria-kriteria yang ketat dari sudut tatalaku dan sebagainya.
"Selama ini, terlalu banyak tumpuan diberikan kepada campur tangan awal sehingga kita lupa bahawa kanak-kanak ini membesar dan memerlukan perkhidmatan lebih baik.
"Saya fikir Singapura kurang memberikan tumpuan kepada perkara itu dan banyak lagi boleh dilakukan," jelas Dr Eunice.
Lantaran itu, keluarga-keluarga yang terjejas dengan penutupan MVS seperti Cik Lela perlu mencari tempat alternatif untuk membolehkan anak-anak mereka mendapatkan sokongan berterusan.
PILIHAN ALTERNATIF YANG ADA
Setakat 2023, ada sekitar 36,000 pelajar berkeperluan khas di Singapura berusia antara tujuh hingga 18 tahun.
80 peratus daripada mereka berada di sekolah aliran utama dan bakinya berada di sekolah pendidikan khas (SPED).
Menurut Laporan Trend Kurang Upaya 2024 Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), hanya 57 peratus para lulusan SPED berjaya meneruskan pendidikan lanjutan, mendapat latihan ataupun berjaya mendapat pekerjaan.
Jumlah itu meningkat sekitar enam peratusan mata sahaja berbanding hampir sedekad lalu.
Dr Eunice berkongsi: "Saya menyeru semua ibu bapa terutama sekali jika anak mereka lulusan sekolah SPED untuk mendaftarkan diri dengan SG Enable. SG Enable ibarat Kementerian Pendidikan (MOE) buat pos-18 tahun.
"Ini bermakna anda ke sana dan mereka akan memberitahu anda jika anak anda sudah bersedia untuk kerja vokasional, sertai bengkel, dapatkan pekerjaan dalam pasaran terbuka, masuki pusat kegiatan harian dan sebagainya."
Bagi lulusan SPED yang lain, lazimnya mereka mendaftarkan diri bagi mendapatkan perkhidmatan bagi golongan dewasa kurang upaya seperti Pusat Kegiatan Harian (DAC), mencari tempat di institut privet yang menawarkan program vokasional atau berada di rumah sahaja.
"Sepanjang tahun, MIJ Hub banyak menerima panggilan daripada ibu bapa yang hendak masukkan anak mereka ke MIJ kerana tidak dapat tempat atau berada dalam senarai menunggu yang panjang di sekolah SPED," kongsi Cik Faraliza Zainal, pengerusi MIJ Hub iaitu sebuah institut privet yang menawarkan program vokasional.
Cik Faraliza menambah penutupan MVS sebenarnya merupakan satu kekecewaan bagi sektor pendidikan khas.
Mentelah lagi, Cik Faraliza berkata jumlah pelajar belia berkeperluan khas semakin meningkat saban tahun.
"Selepas mereka tamat persekolahan dalam usia 18 atau 21 tahun ke atas, mereka tidak tahu hendak pergi ke mana. Apakah akan berlaku selepas itu? Adakah mereka akan duduk di rumah terus?" tegas beliau.
CABARAN BUAT INSTITUSI PRIVET
Cik Fara menarik perhatian bahawa cabaran sekian lama yang membelenggu sektor pendidikan khas adalah pendanaan, mendapatkan pendidik terlatih serta kurikulum yang perlu dikemas kini dengan kerap.
Lantaran itu, institut kecil seperti MIJ Hub memerlukan pelaburan besar agar perkhidmatan yang ditawarkan dapat memanfaatkan para pelajar berkeperluan khas – sesuatu yang tidak semua institut mampu lakukan, lebih-lebih lagi dengan penutupan MVS nanti.
"Dengan adanya sekolah seperti MIJ Hub, mereka dapat pergi ke sekolah, bergaul dengan kawan-kawan mereka dan juga dapat melakukan sesuatu yang mudah-mudahan membawa manfaat untuk masa depan mereka," tambah Cik Fara.
Bagi Dr Eunice pula, beliau berpendapat bahawa meskipun Singapura sudah mencatat banyak kemajuan bagi menyokong golongan berkeperluan khas, tumpuan lebih berat kini diperlukan buat golongan belia dan dewasa berkeperluan khas juga.
Sedang Singapura melangkah maju, para penduduk negara ini bukan sahaja perlu menerima individu berkeperluan khas, tetapi juga akur bahawa aspirasi kerjaya mereka turut berubah selaras dengan perubahan-perubahan dalam masyarakat yang dinikmati bersama.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.